Kematangan UMNO Terbukti
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dato’ Dr Teng Hock Nan menyifatkan keputusan bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail tidak kembali bertanding untuk merebut semula jawatan tersebut adalah satu keputusan politik yang matang.
Thursday, 5 August 2010

Dr Teng juga menyatakan bahawa keputusan ini membuktikan UMNO Negeri Pulau Pinang adalah ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan.
Dr Teng turut menegaskan bahawa Parti Gerakan menyokong sepenuhnya usaha gigih Perdana Menteri Dato’ Seri Najib untuk menrealisasikan Konsep 1 Malaysia.
Parti Gerakan Pulau Pinang akan berusaha dengan lebih erat lagi dengan parti-parti komponen Barisan Nasional agar dasar-dasar yang utamakan rakyat dan pembaharuan politik dapat direalisasikan.