Parti Gerakan logo

Utamakan Rakyat dan Negara

Parti Gerakan Pulau Pinang akan senantiasa memperjuang dan membela nasib rakyat dan keharmonian masyarakat buat selama-lamanya.

Friday, 1 January 2010

UCAPAN SEMPENA TAHUN BARU 2010 DARI DATO’ DR. TENG HOCK NAN

Ramai yang berpendapat Tsunami Politik pada Mac 2008 telah mendorongkan sistem dwi-parti di Malaysia.

Walau begitu, kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah gagal memaparkan semangat demokrasi dan persaingan positif. Malangnya, wakil raykat yang sering menglibatkan diri dalam kekecohan politik untuk publisiti murah, telah terlupa akan tanggungjawab mereka yang dimandatkan oleh rakyat.

Dalam tahun yang lalu, kita masih menyaksikan persefahaman perkauman yang sering dibangkitkan, khususnya semasa pilihan kecil dan perbincangan isu-isu semasa. Keadaan ini sangat berleluasa dan mengakibatkan insiden keganasan politik. Khususnya dalam negeri Pulau Pinang, beberapa pemimpin politik telah diugut dan keselamatan mereka diancam.

Dalam keadaan ketidakstabilan politk ini, kita harus menganalisa perkembangan politik secara rasional, dan jangan tertipu oleh agenda tersirat parti politik. Masyarakat majmuk kita tidak membenarkan persefahaman perkauman disebarkan. Kita harus menolak muslihat PAS untuk mewujudkan Negeri Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud. Parti Gerakan Pulau Pinang akan memainkan peranan untuk membongkahkan musllihat PAS, dan menghalangkan Pulau Pinang mengekori jejak Iran.

Pada masa yang sama, Parti Gerakan Pulau Pinang akan meneruskan perjuangan untuk menjadi satu parti pembangkang yang membina dan bertanggungjawab, dan memantau polisi-polisi kerajaan Pakatan Rakyat yang mengamalkan popularisma yang tidak pragmatik.

Parti Gerakan Pulau Pinang akan senantiasa memperjuang dan membela nasib rakyat dan keharmonian masyarakat buat selama-lamanya.