Parti Gerakan logo

Category: Bulletin

Mengharungi Cabaran Dengan Pengalaman Dan Keikhlasan

13 Oct 2010, 12:15 PM

Mengharungi Cabaran Dengan Pengalaman Dan Keikhlasan

Gerakan4U keluaran kali ini telah mewawancara Sdra Goh Kheng Sneah, Sdra Wong Mun Hoe, Sdra Teoh Hang Chong, Sdra Oh Tong Keong dan Sdra Ng Song Kheng. Di antara mereka, Sdra Goh dan Sdra Wong merupakan bekas Ahli Majlis MPPP dan bekas ADUN. Sementara itu, Sdra Teoh merupakan bekas Pengerusi JKKK dan bekas Ahli Majlis MPPP, manakala Sdra Oh dan Sdra Ng pula merupakan bekas pembantu wakil rakyat yang kini diberi tangungjawab untuk memainkan peranan di barisan hadapan. Read More »

Voice: The Gifts of Liberty and Life

5 Oct 2010, 5:10 PM

Voice: The Gifts of Liberty and Life

As our beloved Malaysia needs ISA to continue developing and maintaining peace among all races, we must ensure that all the save guards are in place to prevent it’s abuse. The peoples or persons entrusted to carry out the duties must always ensure justices and freedom prevails and it is not enforce "Ikut Suka Aku". A blatant abuse was evident when ISA was used unjustly against a reporter for her personal protection. Such abuse will not be tolerated by the Rakyat and what ever flimsy excuse given would be seen as an abuse of ISA. Therefore save guards such as judicial review and enforcement for the correct reasons must be paramount in the review and amendment of the ISA. This is to ensure that ISA is not abuse for any other purpose than what it is meant for. Read More »

Rakyat Pulau Pinang Mahu Hidup Aman Damai

5 Oct 2010, 4:30 PM

Rakyat Pulau Pinang Mahu Hidup Aman Damai

Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia, sistem dua parti merupakan suatu badan politik alternatif yang diharapkan rakyat untuk mencapai kestabilan sosial kerana dalam parti-parti komponen BN dan PR, keahlian mereka terdiri dari kaum Melayu, Cina, India dan juga kaum-kaum yang lain. Kedua-dua barisan juga merupakan pergabungan politik yang berbilang bangsa. Read More »

Pakatan Rakyat Relevan Untuk Rakyat Pulau Pinang?

5 Oct 2010, 4:25 PM

Pakatan Rakyat Relevan Untuk Rakyat Pulau Pinang?

Persoalan yang timbul ialah adakah sebarang masalah sosial dikurangkan? Ada tak kadar ekonomi rakyat mengalami perubahan yang positif? Kita masih kabur tentang sebarang program yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendapat sokongan padu daripada semua rakyat di Negeri Pulau Pinang. Adakah tindakan yang dilaksanakan mendapat sokongan daripada rakyat Pulau Pinang. Jawapannya sudah tentu tidak! Read More »

Ketua Menteri kah Ketua Pembangkang?

5 Oct 2010, 4:22 PM

Inilah yang berlaku selama lebih daripada 2 tahun ini di mana Ketua Menteri asyik sahaja menyalahkan pihak lain dan sibuk memarahi orang-orang lain. Nampaknya, masa dan tenaga beliau bukannya digunakan untuk mentadbir dan membangunkan negeri yang sedang menghadapi banyak cabaran dalam arus pembangunan dan pemodenan. Kelakuan beliau menjadikan kita semua tertanya-tanya bahawa beliau adalah Ketua Menteri atau Ketua Pembangkang? Read More »

Masalah Penjaja Kecuaian Pakatan Rakyat

5 Oct 2010, 4:20 PM

Kejadian yang tidak diingini yang berlaku ke atas penjaja-penjaja di Pulau Pinang akhir-akhir ini telah jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempertimbangkan kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh penjaja-penjaja apabila cuba menyelesaikan masalah-masalah mereka. Read More »

Mengetepikan Perbezaan Politik Demi Kebahagiaan Rakyat

5 Oct 2010, 4:15 PM

Tsunami politik pada 308 lalu telah mengubah suasana politik negara dan ramai yang menjangka akan menjadi sistem dua parti. Tetapi, pertengkaran politik yang berterusan dua tahun selepas Pilihanraya Umum lalu telah jelas menunjukkan bahawa masih terdapat ahli-ahli atau parti-parti politik yang mengganggu kestabilan politik dan membantut pembangunan negara. Sebaliknya, negara telah dijadikan pentas untuk ahli-ahli politik menunjukkan bakat-bakat mereka dalam bidang lakonan untuk menjadi popular dan mereka ini dianggap tidak bertanggungjawab kepada mandat yang diberi oleh rakyat. Read More »

Perlindungan Persekitaran Cuma Tinggal Slogan

5 Oct 2010, 3:45 PM

Perlindungan Persekitaran Cuma Tinggal Slogan

Perlindungan Persekitaran Cuma Tinggal Slogan Read More »

Koperasi Untuk Semua Wanita

5 Oct 2010, 3:30 PM

Koperasi Untuk Semua Wanita

Tujuan penubuhan koperasi ini adalah untuk menggalakkan wanita menolong diri sendiri dan bekerjasama untuk meningkatkan pendapatan mereka serta mewujudkan peluang pekerjaan. Ini adalah selaras dengan Model Ekonomi Baru yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Diharapkan melalui koperasi ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan persekutuan untuk merealisasikan agenda pembangunan negara. Read More »

Story First Revealed: Why No Toll Increase for Penang Bridge for 25 years

27 Sep 2010, 12:10 AM

Story First Revealed: Why No Toll Increase for Penang Bridge for 25 years

Any toll increase will affect the body polity of Penang and become a “sensitive” political issue to political leaders in government, both federal and state. Gerakan4U (G4U) held a special interview with the former CM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (KTK) to understand why there has been no toll increase for the past 25 years was achieved and prospect for the future. Read More »

Memahami Keperluan Rakyat Kunci Kejayaan Polis

22 Aug 2010, 10:00 AM

Memahami Keperluan Rakyat Kunci Kejayaan Polis

Kami mahukan orang awam untuk berasa selamat dengan kehadiran polis di kawasan mereka dan berharap penduduk setempat ini dapat berkomunikasi dengan polis. Polis tidak seharusnya menunggu mangsa untuk membuat laporan di balai. Kita mesti berusaha untuk mendapatkan laporan daripada mangsa dan ini adalah tugas pegawai penyiasat yang bertugas di kawasan tersebut. Read More »

RENCANA: Bolehkah Malaysia Menjadi Muflis?

20 Aug 2010, 1:00 PM

RENCANA: Bolehkah Malaysia Menjadi Muflis?

Untuk mengemudikan sesebuah negara yang berjaya, pemimpin-pemimpin yang dipilih haruslah kompeten, berpendidikan dan mempunyai kepakaran yang sewajarnya semasa memegang portfolio masing-masing. Dengan ini, barulah Malaysia akan membangun dengan pesat dan mencapai kemakmuran dan TIDAK akan menjadi sebuah Negara yang mungkin muflis dalam tahun 2019! Read More »

RENCANA: Lesen Judi Bola Tidak Patut Diluluskan

20 Aug 2010, 12:50 PM

RENCANA: Lesen Judi Bola Tidak Patut Diluluskan

Sebagai seorang warga Malaysia yang cintakan negara, masyarakat, keluarga dan bertanggungjawab kepada agama, kita membantah sekeras-kerasnya lesen judi bola diluluskan. Judi adalah perbuatan yang amat bertentangan dengan semua ajaran agama. Ia adalah aktiviti haram dari segi syarak agama Islam dan bercanggah dengan tatacara hidup dan moral. Read More »

Kenyataan Wakil PR Mengelirukan Rakyat Projek Pembangunan Kebun Bunga Kecoh

17 Aug 2010, 10:00 AM

Kenyataan Wakil PR Mengelirukan Rakyat Projek Pembangunan Kebun Bunga Kecoh

Disebabkan oleh penukaran kerajaan negeri setelah Tsunami politik 2008, jelas kelihatan bahawa kerja-kerja penyelarasan antara agensi-agensi negeri dan pusat terjejas. Apa yang memburukkan situasi ialah exco-exco kerajaan negeri dan wakil rakyat kawasan yang sepatutnya memantau projek ini bukan sahaja tidak mengetahui dengan terperinci projek ini malah asyik berbalah antara satu sama lain. Tindakan mereka ini telah mengakibatkan pelbagai projek yang terlibat berhadapan dengan masalah. Read More »

Aspirasi Rakyat, Tanggungjawab Kita

16 Aug 2010, 12:00 PM

Aspirasi Rakyat, Tanggungjawab Kita

Gerakan4U berpeluang mewawancarakan Sdra Mohan, Sdra Ooi Suan Hoe, Sdra Ang Chai Kooi dan Sdri Hartini Tan Bt. Abdullah. Marilah kita dengar bagaimanakah mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Read More »

Memperkukuhkan Parti Dan Meningkatkan Nilai Diri

27 May 2010, 12:00 PM

Memperkukuhkan Parti Dan Meningkatkan Nilai Diri

Sejak 2008, terdapat banyak persoalan dan kemusykilan yang ditujukan oleh ahli-ahli kepada barisan pemimpin parti. Marilah kita bersama-sama mendengar apakah yang diperkatakan oleh Setiausaha Negeri kita, Sdra Ong Thean Lye, berkenaan dengan soalan-soalan yang ditujukan. Read More »

Lim Guan Eng Mampu Menyembunyikan Fakta Tetapi Perangkaan Akan Mendedahkan Kebenaran

24 May 2010, 12:00 PM

Lim Guan Eng Mampu Menyembunyikan Fakta Tetapi Perangkaan Akan Mendedahkan Kebenaran

Pada 2009, jumlah pelaburan hanya mencatatkan RM2.2 bilion, iaitu kemerosotan sebanyak 79% atau pengurangan sebanyak RM8.08 bilion. Selepas setahun (April 2010), kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan Ketua Menteri Lim Guan Eng membisu tentang angka pelaburan pada tahun 2009! Ini menunjukkan bahawa Lim Guan Eng cuba menyembunyikan kebenaran daripada rakyat demi memperkukuhkan kedudukkan beliau sebagai Ketua Menteri dan mengeksploitasikan usaha kerajaan BN yang sebelum ini. Read More »

Kekecohan Di Bawah Kerajaan Pakatan Rakyat

20 May 2010, 2:00 PM

Kekecohan Di Bawah Kerajaan Pakatan Rakyat

Diantara sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri di bawah DAP, dalam tempoh dua tahun ini adalah hanya mengkritik kerajaan negeri terdahulu dan diikuti kerajaan pusat. Mereka sering menekankan pada pilihanraya umum yang akan datang tetapi tiada sebarang pembangunan untuk generasi masa hadapan. Read More »

Kerajaan Negeri Gagal Mengambil Iktibar Selepas Tragedi Perahu Naga

19 May 2010, 2:00 PM

Kerajaan Negeri Gagal Mengambil Iktibar Selepas Tragedi Perahu Naga

Kerajaan negeri gagal mengambil iktibar susulan tragedi perahu naga yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu termasuk tragedi di perairan berdekatan Lebuh Macallum yang menyebabkan lima pelajar dan seorang guru mati lemas. Sebelum kejadian yang meragut enam nyawa di perairan Lebuh Macallum, satu pelanggaran telah berlaku antara peserta dalam Pertandingan Pesta Perahu Naga pada bulan Disember tahun lepas. Read More »

Pakatan Rakyat Penumpang Pembangunan Barisan Nasional

19 May 2010, 12:00 PM

Pakatan Rakyat Penumpang Pembangunan Barisan Nasional

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) masih gagal membawa pembangunan yang berkekalan dan menaikkan taraf kehidupan masyarakat negeri Pulau Pinang selepas dua tahun berkuasa. Setiausaha Agung Parti Gerakan Teng Chang Yeow berkata negeri Pulau Pinang masih ketinggalan di belakang sekiranya diambil kira dari segi pembangunan dan kemajuan. “Negeri ini seharusnya terus maju dan pesat dengan pembangunan walaupun di bawah pentadbiran mana-mana parti sekali,” katanya ketika debat politik baru-baru ini dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong. Read More »

Karier Dalam Politik Bukan Sesuatu Yang Mudah Bagi Kaum Wanita

16 May 2010, 10:50 AM

Karier Dalam Politik Bukan Sesuatu Yang Mudah Bagi Kaum Wanita

Ng yang amat menyanjungi mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu, telah menceburi arena politik seawal 1980an dan telah banyak mengorbankan masa untuk berkhidmat demi rakyat dan menjaga hak-hak wanita. Hartini Tan Abdullah yang menyertai politik pada tahun 1996 berpendapat kaum wanita harus diberi masa dan ruang untuk mengejar impian masing-masing. Michelle Yeoh Hui Hoon berkata hasrat beliau dalam menyertai politik adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wanita tentang kepentingan hak bersuara dan hak-hak dasar mereka sebagai pengundi. Read More »

SUARA: Dadah Dan Agama

16 May 2010, 10:45 AM

SUARA: Dadah Dan Agama

Para politik dan mereka yang mengelar diri mereka pejuang agama tidak patut membazirkan masa bertikam lidah siapa yang mempunyai hak muklak memanggil “Yang Maha Esa” atau berarak kesana-sini menggunakan kepala babi atau lembu. Segala kekuatan patut ditumpukan untuk mengatasi dadah yang akan memusnahkan akidah dan peradapan setiap penganut. Dadah tidak memilih agama, bangsa, keturunan atau kekayaan. Dadah hanya akan membuahkan satu hasil iaitu kemusnahan. Read More »

RENCANA: 4 Sebab Kenapa Pilihanraya Kerajaan Tempatan Tak Akan Jadi Kenyataan

13 May 2010, 10:10 AM

RENCANA: 4 Sebab Kenapa Pilihanraya Kerajaan Tempatan Tak Akan Jadi Kenyataan

Baru-baru ini satu topik hangat yang sedang menarik perhatian orang ramai di kedai-kedai kopi dan warung-warung ialah cadangan Kerajaan PR untuk mengembalikan Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Sebenarnya, cadangan ini bukan sesuatu yang menghairankan kita, oleh kerana cadangan ini memanglah salah satu daripada apa yang dijanjikan di manifesto Parti DAP semasa Pilihanraya pada tahun 2008. Yang menjadi tanda-tanya dan fokus perbincangan kita ialah mengapa cadangan ini dibuat hanya sekarang, iaitu 2 tahun selepas Pilihanraya. Read More »

RENCANA: Penguncupan Pelaburan Di Pulau Pinang

13 May 2010, 10:00 AM

RENCANA: Penguncupan Pelaburan Di Pulau Pinang

Persoalan sekarang ini adalah sama ada kerajaan negeri telah sedar dari lamunan indahnya bahawa keadaan kini semakin mendesak dan mereka perlu merealisasikan janji-janji politik yang telah ditabur selama ini, dan berhenti menuding jari menuduh setiap permasalahan yang timbul kepada pentadbiran negeri yang terdahulu. Kerajaan negeri perlu membuktikan kesungguhan mereka dan merangka pelan tindakan ekonomi yang konkrit untuk membawa Pulau Pinang keluar dari kemelut ekonomi ini. Read More »

Tamparan Ke Atas Demokrasi

5 Feb 2010, 11:00 AM

Tamparan Ke Atas Demokrasi

Demokrasi Dewan Undangan telah undur atas pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.Jelas sekali, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang kini berkuasa telah sengaja lupakan maksud DEMOKRASI. Read More »

Kepincangan Kerajaan Negeri PR Menjejaskan Prestasi MPPP

3 Feb 2010, 12:45 PM

Kepincangan Kerajaan Negeri PR Menjejaskan Prestasi MPPP

Yang DiPertua MPPP Sr. Tan Cheng Chui tiba-tiba memohon untuk persaraan awal dengan alasan kesihatan pada Nov 2009. Persaraan beliau adalah di luar dugaan dan telah mendatangkan perbincangan yang hangat akibat tindakan susulan kerajaan negeri yang kurang berketulusan. Read More »

VOICE: Allamak! Mother of god!

3 Feb 2010, 12:00 PM

VOICE: Allamak! Mother of god!

What has become of all the good things this beautiful country stands for? Not too long ago Malaysia was held out to and by the world as a model of multi ethnic co-existence. We all lived as one which was far better than the 1 we see being bandied by all and sundry. Read More »

RENCANA: Janji Manis & Janji Kosong DAP

2 Feb 2010, 11:14 AM

RENCANA: Janji Manis & Janji Kosong DAP

Sebahagian besar rakyat masih lagi menaruh harapan besar kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Tetapi, jika pengotaan janji-janji dijadikan kayu ukur, sama ada DAP boleh terus diberi mandat pada masa hadapan, jawapannya tentulah TIDAK! Read More »

Satu Impian Yang Akhirnya Terjawab

2 Feb 2010, 10:00 AM

Satu Impian Yang Akhirnya Terjawab

Beberapa hari sebelum permulaan penggal sekolah tahun ini, bapa kepada Sae Wang iaitu Encik Lim Tow Leong, bekas anggota Tentera Di Raja Malaysia masih lagi dalam perasaan bimbang dengan status kewarganegaraan Sae Wang. Read More »

VOICE: 2009 Pandemic A (H1N1)

1 Feb 2010, 11:15 AM

VOICE: 2009 Pandemic A (H1N1)

The signs and symptoms in adults are slightly different compared to children for those infected by A (H1N1). Adults manifest with fever, cough, weakness, sore throat and vomiting. Whereas in children, besides the above mentioned symptoms they may have diarrhea, altered conscious level, difficulty in breathing, dehydration and extreme irritability. Read More »

RENCANA: Ekonomi Pulau Pinang Membimbangkan Rakyat

1 Feb 2010, 11:10 AM

RENCANA: Ekonomi Pulau Pinang Membimbangkan Rakyat

Kerajaan negeri baru-baru ini memutar-belikkan isu, memesongkan menyelewengkan pemikiran rakyat dengan mengatakan disebabkan tidak dapat memberikan sokongan teknikal (1000 jurutera) kepada pelabur asing. Alasan yang ringkas ini telah mengakibatkan negeri kita telah hilang sebanyak USD 3 billion dari pelabur negara asing. Read More »

Penundaan Kerja Pemuliharaan Tapak Warisan Dengan Alasan Politik Yang Tidak Bertanggungjawab

1 Feb 2010, 11:00 AM

Penundaan Kerja Pemuliharaan Tapak Warisan Dengan Alasan Politik Yang Tidak Bertanggungjawab

Sering kali, Kerajaan Negeri PR memberi alasan kekurangan wang untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab memelihara Tapak Warisan Dunia Unesco ini. Tindak yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan ketidak puasan badan bukan kerajaan yang tertentu dan juga orang awam. Read More »