Parti Gerakan logo

Gerakan’s Stand: Surat Terbuka kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

14 Apr 2009, 8:18 PM
Posted in

Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YAB Tan Sri di atas perlantikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab YAB Tan Sri bagi memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia terpelihara tanpa mengira kepercayaan agama, politik dan kaum.

Adalah tidak munasabah bagi menyifatkan sokongan mana-mana pihak kepada Barisan Nasional sebagai membalas budi. Sekiranya begitu, masyarakat Kelantan dan untuk seketika masyarakat Trengganu harus disifatkan sebagai tidak mengenang budi kerana mereka tidak mengendahkan Barisan Nasional. Sokongan masyarakat kepada Barisan Nasional adalah berasaskan kepada kesamarataan, kesaksamaan dan keadilan yang terkandung dalam pelaksanaan dasar-dasar yang menafaatkan rakyat.

Adalah tidak wajar untuk menyifatkan mana-mana pihak sebagai penentu raja (king maker). Apabila masyarakat Cina dan India memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya 1999 yang mana pengundi-pengundi Melayu tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional (sehingga YAB Dato Sri Mohd Najib ketika itu menang tipis di Pekan) ,mengapa pada waktu itu, mereka tidak disifatkan sebagai penentu raja (king maker)?. Mengapa pula kali ini mereka disifatkan sedemikian apabila mereka tidak menyokong Barisan Nasional?

Barisan Nasional kini menghadapi satu cabaran paling genting dalam sejarah perjuangannya. Barisan Nasional telah dilihat sebagai tidak relevan, angkuh dan diselubungi penyelewengan kuasa. Justru itu, adalah tepat sekiranya pucuk pimpinan memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran ini daripada menuling jari.

Sekiranya Barisan Nasional ingin terus menjadi tunggak pentadbiran Negara, maka pemimpin-pemimpin Barisan Nasional hendaklah memimpin melalui teladan dan menjadikan konsep satu Malaysia yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai asas penting dalam mewujudkan kesamaratan, kesaksamaan dan keadilan dalam segala dasar-dasar yang akan dilaksanakan.

Masyarakat Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional sekiranya mereka dapat merasai kesamarataan, kesaksamaan dan keadilan dalam segala aspek kehidupan mereka hasil daripada pelasanaan dasar-dasar yang menafaatkan mereka.

Adalah menjadi harapan tinggi saya agar YAB Tan Sri dapat menerung kembali pandangan YAB Tan Sri mengenai isu di atas dan mengambil langkah positif bagi memulihkan keyakinan dan sokongan semua rakyat kepada Barisan Nasional.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

by Teng Chang Yeow
National Secretary-General

5 comments, add yours

1 teong gee 15 Apr 2009, 9:57 AM

saya sokong pendapat Saudara Teng Chang Yeow.

2 saw zhai 15 Apr 2009, 10:28 PM

There’s an idiot barking! I think this new “timba-lan” prime minister is over-acting on his new position. The talk will not be discussed anyway but will always remembered by the Chinese youngster when the election come again.
Beware of your action, as it will cause un-forgiven response.

3 GenYong 16 Apr 2009, 6:50 PM

Yes the Timbalan was dishonest. What he said he make forgot. Chinese knows that! We know but just don’t want to say out. What he had say to us is really makes chinese annoy. Baru jadi Timbalan, cakap Cina tidak kasihi sumber. This conversation really makes the Chinese to think about would they vote for BN again in next general election.

Gerakan, if you still want the support of people. Please don’t follow exactly like the UMNO doing! Thanks.

4 penangite 16 Apr 2009, 9:54 PM

Saudara Teng,

what an impresive letter to our DPM, but who are you, what is your status/position in BN/GERAKAN?. U think he as a DPM from UMNO will care what you write/comment over here(even though i totally agree with u), maybe he see u none.

Even a little UMNO branch leader from bukit bendera can openly condemn your boss and also party leader, his supporter took down your boss Penang CM(Dr.Khor) photo from the wall and tear to pieces in front of all the media & press without any apologise till now, u think he will care what you comment here?? Wake up brother !!!

For him and UMNO, GERAKKAN is BN burden, losing people support. GERAKAN lose people support cos your party is too kow-tow(bow head) to UMNO for your own benefit like position in state & federal galverment.
After so many defeat n genereal n by elections, Gerakkan still can’t smell the wind of change n feel the Tsunami wave. If GERAKAN still cant react and change, I so worry it will becomes history in next General Election.

This open letter should be written by your boss, the party leader, then only this letter will carry some weight. If not, this letter will just be read over here by yr party members and supporter for shiok n “song song” only. The question is, will he dare ? (He even need to beg UMNO for a cabinet post via back door, remember?)

My advice to you n yr party, dont too close with UMNO, they r too corrupt and racist, they will drag you all down. Be brave and have principle, say what u need to say for the sake of people. One more things, dont simply oppose PR galvernment for the sake of oppose, when the PR galvernment do wrong, openly criticize them, but if they do good for the poeple, compliment and support them as well. If not, people will see GERAKAN as UMNO’s dog. Always remember how u all lost in 308…

5 Raj 22 Apr 2009, 4:10 PM

Penangite…

There is plenty of wisdom in what you said..

The fact remains…PGRM is at the brink of being “irrelevant”...PKR (the other multi-racial party”) has a lot more to offer…a hell lot more…

The rakyat have been patient all along…they showed their displeasure in the last GE…not to mention the bys…

PGRM..what can you do for the rakyat when you yourself are becoming irrelevant..!!!

The count down has already begun…

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.