RENCANA: Ekonomi Pulau Pinang Membimbangkan Rakyat
1 Feb 2010, 11:10 AM
Posted in Bulletin
Saya cukup percaya dan yakin kepada Pakatan Rakyat apabila kuasa mula diambil-alih oleh mereka, memandangkan perjanjian Pakatan Rakyat yang cukup memikat hati. Setiap ceramah yang diadakan semasa kempen telah menarik begitu ramai pengundi. Setiap penceramah dapat memberi ucapan yang bernada gelombang, mereka memangkinkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengundi. Isu yang dibangkitkan kebanyakan adalah berkenaan dengan peningkatan kes jeneyah, rasuah dan kemelesetan ekonomi negeri dan negara kita.
Selepas lebih kurang 20 bulan pentadbiran mereka, saya mulai berasa tertipu dan khuatir bahawa perjanjian Pakatan Rakyat adalah satu tipu-helah. Strategi mereka adalah semata-matanya untuk memancing undi sahaja. Mereka berjanji bahawa mereka dapat melambung tinggi ekonomi negeri kita, tetapi setakat ini keadaan sebaliknya berlaku. Ini adalah satu kenyataan berdasarkan pada laporan yang diterima, pelaburan negara asing di negeri kita pada tahun 2008 adalah sejumlah RM10.7 billion dan pada tahun 2009 telah jatuh tahap RM1.7 billion. Angka tersebut telah terbukti bahawa kita telah mengalami kejatuhan sebanyak 85% berbanding dengan tahun sebelumnya.
Keadaan ekonomi negeri kita telah menjunam ke satu paras yang membimbangkan anak Pulau Pinang ini. Gejala tersebut secara langsung telah mengakibatkan peningkatan kes jenayah di negeri ini. Ini adalah satu formula yang dapat diterima secara umumnya bahawa ekonomi adalah berkadar songsang ke atas bilangan kes jenayah keseluruhannya.
Kerajaan negeri baru-baru ini memutar-belikkan isu, memesongkan menyelewengkan pemikiran rakyat dengan mengatakan disebabkan tidak dapat memberikan sokongan teknikal (1000 jurutera) kepada pelabur asing. Alasan yang ringkas ini telah mengakibatkan negeri kita telah hilang sebanyak USD 3 billion dari pelabur negara asing. Saya rasa ini bukan satu alas an yang munasabah, satu alas an yang cuba memperbudak-budakkan rakyat keseluruhannya. Saya sangsi dengan alas an tersebut.
Saya ingin memberi sedikit pendangan saya yang membina untuk kerajaan negeri kita. Negeri kita mempunyai 40 Kadun, setiap Kadun patut diberi tanggungjawab untuk mendapatkan hanya 25 jurutera. Sekiranya setiap Adun tidak dapat memunaikan bilangan tersebut, Adun tersebut tidak layak menjadi seorang wakil rakyat. Mereka patut meminta maaf kepada rakyat dan letak jawatan. Sekiranya tanggungjawab ini gagal di Kadun Bukit Tengah, saya dengan sukarela akan membantu kerajaan negeri untuk mendapat bilangan tersebut.
Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya lebih kerap berhubung dengan pemimpin-pemimpin tempatan, kerana pemimpin-pemimpin tempatan sahaja yang lebih faham tentang latarbelakang setiap penduduk di kawasan tersebut. Sekiranya langkah yang ringkas dan berkesan ini telah dapat diamalkan oleh Pakatan Rakyat, maka janganlah selalu menyarankan “Parti Untuk Rakyat”. Ini hanya satu slogan yang tidak berdasar dan tidak padan digunakan pada masyarakat umumnya.
Rencana ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U JAN 2010/BIL.1
by Sdr. Ang Chai Kooi
Penyelaras KADUN Bukit Tengah
- Previous Penundaan Kerja Pemuliharaan Tapak Warisan Dengan Alasan Politik Yang Tidak Bertanggungjawab
- Next VOICE: 2009 Pandemic A (H1N1)

0 comment, be the first to comment