Parti Gerakan logo

“Rakyat Didahulukan” - Arah Ke Depan

9 Dec 2010, 11:00 AM
Posted in News

Ucapan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Konvensyen Barisan Nasional pada Ahad, 5 Disember 2010.

  1. Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu, pengasas Gerakan, pernah sering mengingatkan kami bahawa, ketika negara kita ini menghadapi cabaran yang paling getir pada awal tahun 70an, demi kepentingan negara dan rakyat, parti Gerakan, bersama-sama dengan beberapa parti telah mengetepikan perbezaan, dan bersatu hati untuk menubuhkan Barisan Nasional (BN) dalam menyahut gesaan dan impian Allahyarham Tun Razak. Perkataan “Nasional” membawa maksud “untuk negara.” Oleh itu, para pemimpin dan ahli BN sebenarnya adalah nasionalis yang cintakan negara dan rakyat, sentiasa sanggup dan bersedia untuk berkhidmat dan berkorban.
  2. Maka, BN adalah satu gabungan bersama, parti-parti komponen, yang berasaskan kepada perkongsian (equal partnership) dan prinsip keterangkuman (inclusiveness), mewakili pelbagai ideologi, pelbagai komuniti etnik dan budaya serta wilayah yang berbeza. BN telah berjaya memenangi hati rakyat dan telah mendapat mandat rakyat dengan majoriti dua-pertiga dalam Parlimen dalam lapan (8) pilihanraya berturut-turut, sepanjang 30 tahun, dari tahun 1974 sehingga tahun 2004.
  3. Bagaimanapun, pada Pilihanraya Umum 2008, kita telah hilang majoriti dua-pertiga di Parlimen dan tumbang di lima negeri, kerana rakyat merasakan kita tidak lagi mendengar dan menangani keluh-kesah mereka sepenuhnya. Rakyat juga berasa kecewa kerana kes-kes angkuh dan penyalahgunaan kuasa (arrogance and abuse of power).
  4. Malah, dari pengalaman pahit ini, kita mempelajari bahawasanya rakyat adalah seperti air, sementara kerajaan diibaratkan sebagai sebuah kapal atau perahu. Menurut pepatah Cina, “air boleh melayarkan kapal, ia juga boleh menenggelamkannya.” Ilmuwan Menzi juga pernah berkata “sesiapa yang memenangi hati rakyat, akan mendapat takhta kerajaan.” Sekiranya ini benar untuk masyarakat Cina 2,000 tahun yang lalu, ia malah menjadi bertambah relevan untuk sistem Demokrasi Berparlimen pada masa kini.
  5. Malah, rakyat adalah “boss”. Sokongan rakyat menentukan nasib kita sebagai pemimpin dan parti pemerintah. Kitalah yang harus berkhidmat untuk rakyat, bukanlah sebaliknya. Oleh itu, konsep 1Malaysia yang memegang akujanji “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sebenarnya adalah untuk kita kembali kepada asas akar umbi (back to basics), yakni kepada rakyat. Kita harus bersikap seperti sirih pulang ke gagang dan menggarap impian BN sekali lagi, tetapi kali ini dengan cara yang baru dan keazaman yang baru, berdasarkan semangat “Satu Hati, Satu Wawasan, Satu Negara.”
  6. Komited untuk “mendahulukan rakyat,” BN harus menepati apa yang diinginkan oleh rakyat Malaysia: iaitu sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah serta bebas dari gejala rasuah dan salahlaku, alam hidup yang selamat dan bebas dari jenayah serta kemusnahan alam sekitar akibat dari tuntutan pembangunan, sebuah masyarakat harmonis, pendidikan yang berkualiti untuk generasi muda, ruang akses kepada pekerjaan yang memberi pendapatan tinggi dan kehidupan yang berkualiti. Masyarakat di luar bandar memerlukan jalanraya, bekalan air dan elektrik, manakala yang di bandar memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik.
  7. Masalah-masalah utama tersebut telah diperakui dan sedang ditangani melalui enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta melalui 12 Aktiviti Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah mulai menampakkan hasil yang memberangsangkan, positif dan konkrit. Kadar jenayah telahpun menurun, langkah-langkah konkrit sedang diambil untuk meningkatkan mutu pendidikan, untuk memerangi gejala rasuah, untuk membina dan memperbaiki infrastruktur bandar dan luar bandar, dan untuk meningkatkan pendapatan dan keupayaan menjana pendapatan bagi isirumah yang berpendapatan di bawah paras 40 peratus. Pelaburan sedang dan terus mengalir masuk ke negara ini dengan projek-projek baru dilancarkan, memperkasakan pertumbuhan ekonomi.
  8. Bagaimanapun, penyediaan kemudahan fizikal dan peluang ekonomi masih tidak mencukupi. Satu kajiselidik telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia inginkan perkhidmatan kerajaan yang “cepat,” “tepat” dan “hormat.” “Cepat” bermaksud penyampaian yang cepat dan tangkas, seperti pengeluaran pasport dalam tempoh masa sejam. “Tepat” pula mengajak perkhidmatan kerajaan menepati dan mengikuti prinsip, polisi dan prosedur yang betul tanpa penyelewengan dan “hanky-panky.” Manakala, “hormat,” bermakna memberi perkhidmatan yang bersopan, bertimbang-rasa dan prihatin, dan bukannya dengan sikap sombong dan angkuh. Inilah maksud “Pencapaian Diutamakan” untuk mengwujudkan Perkhidmatan Awam 1Malaysia (1Malaysia Civil Service) untuk mendahulukan semua rakyat. Pendekatan ini patut juga diamalkan oleh semua ahli BN.
  9. Selain dari menjadi sebuah parti “of the people, by the people and for the people,” BN harus menjadi sebuah parti bersama rakyat, with the people. Kita harus sentiasa bersama rakyat, melalui tinjauan mesra atau walkabouts yang sering dilakukan oleh Dato’ Sri Najib. Inilah satu cara terbaik untuk kita berkomunikasi, berkongsi dan memahami harapan dan keluh-kesah mereka, senang sedih mereka, kebanggaan dan masalah mereka. Dengan cara sedemikian, kita dapat memberi khidmat, menyentuh dan memenangi hati mereka.
  10. Untuk mendahulukan rakyat secara berkesan, BN dan Kerajaan BN haruslah juga komited kepada konsep 1Malaysia, kepada demokrasi dan kepada kesederhanaan atau “moderation.” BN juga harus menjadi sebuah parti pilihan masa depan dan untuk masa depan Malaysia. (A party of the future for the future of all Malaysian).
  11. BN mestilah menjadi sebuah Kerajaan 1Malaysia dan parti 1Malaysia yang berkomited sepenuhnya kepada usaha promosi perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Dengan dipandukan oleh semangat dan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, gagasan 1Malaysia mempromosikan keterangkuman dengan menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian warisan budaya dan agama kita yang kaya. BN juga komited sepenuhnya kepada keadilan sosial agar tidak ada sesiapapun yang terpinggir. Kita adalah “parti untuk rakyat jelata,” khidmat kami untuk semua tanpa mengira bangsa,” sepertimana lagu BN yang kita nyanyikan bersama pada pagi tadi.
  12. Kerajaan BN mestilah menegak demokrasi, yang menghormati dan melindungi hak-hak asasi rakyat untuk menentukan nasib mereka melalui cara demokratik. Oleh itu, kita haruslah mempromosikan demokrasi yang penuh bertanggungjawab. Demokrasi haruslah diamalkan juga dalam lingkungan BN. Oleh kerana berbagai parti komponen mewakili pelbagai ideologi dan mewakilkan komuniti etnik dan sosio-budaya yang berlainan, mereka harus diberikan ruang demokratik (democratic space) untuk meluahkan pandangan, tetapi secara positif dan konstruktif, dalam kerangka amalan-amalan asas dan dasar-dasar utama BN. Dengan demikian, barulah kita dapat mewakili kepentingan semua rakyat Malaysia dan menarik sokongan mereka untuk BN.
  13. Barisan Nasional mestilah menjadi sebuah parti yang menjurus kepada kesederhanaan atau “moderation.” Parti Gerakan menyokong penuh gesaan Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, di mana beliau mengajak semua penganut agama untuk menyokong penubuhan “Gerakan Kesederhanaan Sejagat” atau “Global Movement of the Moderates” dalam menentang ekstrimisme dan mempromosikan keamanan dan harmoni di seluruh dunia. Sesungguhnya, gesaan beliau yang tepat pada masanya adalah selaras dengan ajaran asas semua agama utama sedunia.
  14. Oleh itu, Gerakan mencadangkan agar Barisan Nasional harus juga melancarkan “1Malaysia Movement of Moderates” untuk menggerakkan rakyat Malaysia supaya memupuk semangat muhibbah (good will) dan rasa kewajaran (good sense). Kita harus meningkatkan usaha kita dalam mempromosikan hubungan di kalangan kumpulan etnik dan agama secara positif dan bermakna supaya mengwujudkan “zones of inclusiveness” dalam memelihara kestabilan dan keharmonian masyarakat kita.
  15. Kita harus memerangi suara-suara ekstrimis yang tidak bertanggungjawab yang semakin lantang dan yang cuba menjadi arus utama. Sama pentingnya, kita pemimpin BN di semua peringkat mestilah berhati-hati, mengelakkan dari membuat kenyataan perkauman yang melukakan perasaan kumpulan-kumpulan tertentu dan menghilangkan sokongan mereka. BN harus memimpin dalam memperkukuhkan politik kesederhanaan dan mempromosikan kesederhanaan dalam berpolitik di negara ini. The BN must lead in forging the politics of moderation, and in promoting the moderation of politics, in Malaysia.
  16. BN mestilah menjadi sebuah parti untuk masa depan, yang mendampingi dan mengambil berat tentang keperluan generasi muda. Walaupun ramai daripada pemimpin-pemimpin utama berada dalam pertengahan umur, kita harus mempunyai fikiran dan hati yang senantiasa muda. Although most of the top leaders are now at least of middle age, we must have a young mind and even a young heart. Kita harus juga memberi perhatian yang bersungguh ke arah menyokong dan membantu wanita yang mempunyai tanggungjawab utama dalam melahir dan membesarkan anak-anak generasi akan datang. Wanita juga berhak diberi peluang untuk mengembangkan potensi penuh mereka untuk menyumbang terhadap pembinaan negara.
  17. Pada kesimpulannya, BN mestilah menjadi sebuah parti yang benar-benar “mendahulukan rakyat,” dan menegak keadilan untuk semua seperti yang disifatkan oleh lambang “dacing” BN, sebelum kita dapat menjadikan BN parti pilihan utama oleh rakyat Malaysia. (We must be a truly “People First” party before we can become the first party of choice by the people.”) Marilah kita merapatkan barisan kita, dengan satu hati, dengan satu wawasan dan dalam satu pasukan untuk 1Malaysia dan untuk rakyat 1Malaysia!
  18. by Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
    Presiden Gerakan

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.