Parti Gerakan logo

Raikan Hari Kemerdekaan Negara Dalam Semangat 1Malaysia

31 Aug 2009, 11:00 AM
Posted in

Selain itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Gerakan telah melantik penyelaras-penyelaras parlimen dan DUN di kawasan yang merupakan kawasan tradisi Gerakan untuk terus berkhidmat unutk rakyat. "Kita telah melantik penyelaras-penyelaras untuk berkhidmat dan lebih mendekati rakyat untuk memastikan sokongan rakyat kepada parti berkekalan," katanya.

Raikan Hari Kemerdekaan Negara Dalam Semangat 1Malaysia

Rakyat Malaysia yang patriotic seharusnya meraikan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara dalam suasana yang aman, tenteram dan bersemangat 1Malaysia.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata sebagaimana yang diterangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, asas paling utama dalam konsep 1Malaysia ialah kepelbagaian dalam perpaduan.

“Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia perlu menerima, menghormati, dan meraikan kepelbagaian, pada masa yang sama memupuk dan menyatukan semangat perpaduan dan persefahaman,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Persidangan Perwakilan Negeri Pulau Pinang 2009.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata konsep 1Malaysia adalah selaras dengan prinsip Gerakan iaitu Satu Hati, Satu Negara, Satu Wawasan dalam satu halatuju iaitu menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Pegangan kepada prinsip 1Malaysia juga bermakna rakyat perlu menolak dan memerangi sebarang bentuk tindakan perkauman yang melampau yang akan mendatangkan kerugian kepada negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menasihati Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya tidak membuat sesuatu yang akan merugikan rakyat.

“Sekiranya kerajaan sekarang berasa tidak puas hati dengan tindakan dan cara Gerakan mengendalikan pentadbiran negeri, mereka seharusnya mula dengan perubahan dan bertindak,” katanya.

Koh meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengotakan apa yang diperjuangkannya, terutama hal-hal yang berkaitan dengan ketelusan.

“Beliau (Lim) memperjuangkan ketelusan tetapi beliau sendiri tidak telus. Apa yang saya mahukan ialah ketelusan dan kebolehpercayaan,” katanya.

Selain itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Gerakan telah melantik penyelaras-penyelaras parlimen dan DUN di kawasan yang merupakan kawasan tradisi Gerakan untuk terus berkhidmat unutk rakyat.

“Kita telah melantik penyelaras-penyelaras untuk berkhidmat dan lebih mendekati rakyat untuk memastikan sokongan rakyat kepada parti berkekalan,” katanya.

Beliau berkata Gerakan sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional akan bekerja keras dan berusaha untuk mendapat sokongan rakyat supaya dapat kembali berkuasa sebagai Kerajaan Pulau Pinang.

Tambahnya, beliau juga berharap Perdana Menteri dapat menunaikan janji yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi bagi melaksanakan projek infrastruktur penting iaitu jambatan kedua Pulau Pinang, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dan Sistem Transit Monorel Ringan (LMT).

PORR akan menyuraikan kesesakan trafik yang serius di jalan-jalan utama di Georgetown, LMT akan berfungsi sebagai tunjang kepada sistem pengangkutan awam bersepadu yang baik di negeri ini dan jambatan kedua akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik di atas jambatan Pulau Pinang yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata projek-projek ini juga akan membantu aspirasi kerajaan dalam merealisasikan impian menjadikan Pulau Pinang sebagai hub logistik bagi Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

by Meja Pengarang
gerakan4u.com

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.