Pemuda Gerakan menasihati Norman untuk berfikir sebelum bercakap
16 Aug 2011, 1:21 PM
Posted in
Pemuda Gerakan Pulau Pinang berasa kecewa dan marah dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Dahlan atas komennya yang tidak bertanggungjawab dan tidak berotak.
Pemuda Gerakan Pulau Pinang mengingatkan Norman Dahlan yang tidak sedar diri bahawa Barisan Nasional ditolak oleh rakyat Pulau Pinang bukan kerana Gerakan tidak berkhidmat atau tidak membawa sumbangan kepada negeri Pulau Pinang tetapi Gerakan kalah di atas keangkuhan dan tingkahlaku yang kasar oleh sebahagian ahli UMNO yang hanya bertumpu kepada kepentingan sendiri.
Rich Too berkata, Norman telah diturun pangkat daripada Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang kepada naib ketua. Beliau haruslah insaf atas tingkahlaku beliau yang angkuh yang tidak diterima oleh rakyat malahan ahli-ahli parti UMNO.
“Berubahlah sikap yang angkuh, berusaha dan berkhidmat untuk rakyat dengan sikap rendah diri ini bukan sahaja boleh menambah karisma diri sendiri malahan juga membantu memperbaiki imej Barisan Nasional dan UMNO di kalangan rakyat Pulau Pinang. Inilah nasihat saya untuk Norman Dahlan,” kata Rich Too.
Di bawah pimpinan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Gerakan tidak pernah berputus asa untuk menang balik Pulau Pinang. Pemimpin pusat Gerakan dan pemimpin negeri Pulau Pinang turut berusaha dengan bantuan dan kerjasama semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional dengan satu hati menjalankan aktiviti-aktiviti sambil turun padang bersama rakyat dan bersedia untuk pilihan raya umum yang akan datang, kata Rich Too.
- Previous Dr Cheah pledges full support to Dr Koh Tsu Koon
- Next ELECTORAL REFORM PANEL IN LINE WITH PEOPLE FIRST

0 comment, be the first to comment