Parti Gerakan logo

Pakatan Rakyat Relevan Untuk Rakyat Pulau Pinang?

5 Oct 2010, 4:25 PM
Posted in Bulletin, Coordinator

Janji kosong dan janji palsu menjadi amalan biasa untuk Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Jika kita merenung kembali apa yang berlaku dalam masa dua tahun kebelakangan ini, kita dapati tidak banyak perubahan yang berlaku, Ia menjadi amat ketara dengan kedudukan ekonomi rakyat yang tidak mengalami perubahan langsung.

Persoalan yang timbul ialah adakah sebarang masalah sosial dikurangkan? Ada tak kadar ekonomi rakyat mengalami perubahan yang positif? Kita masih kabur tentang sebarang program yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang mendapat sokongan padu daripada semua rakyat di Negeri Pulau Pinang. Adakah tindakan yang dilaksanakan mendapat sokongan daripada rakyat Pulau Pinang. Jawapannya sudah tentu tidak!

Dengan memberikan RM100.00 kepada rakyat 60 tahun ke atas boleh mengubah kehidupan harian mereka? Ia hanyalah semata-mata untuk memesongkan fikiran rakyat. Ia sememangnya tidak akan mengubah nasib rakyat Pulau Pinang. Oleh itu fikirkanlah secara logik. Rakyat tidak boleh dipengaruhi dengan wang ringgit RM100.00. Ia semata-mata merupakan wang sogokkan kepada rakyat secara amat halus.

Kita masih ingat lagi tentang insiden yang berlaku di Kampung Buah Pala. Rakyat India dihalau dari tempat tinggal mereka seperti pendatang haram. Namun kerajaan negeri yang sepatutnya melindungi rakyat tidak mampu untuk memberi pertolongan yang sepatutnya. Sebaliknya menuduh Barisan Nasional yang menjadi dalang insiden ini. Kita amat terkejut dan Pakatan Rakyat menjadi bisu serta memberikan pelbagai sebab dan alasan untuk tidak menolong rakyat Pulau Pinang. Mereka mereka-reka cerita agar tidak dipersalahkan. Pakatan Rakyat amat licik dan berusaha hendak menjadi hero kepada rakyat Kampung Buah Pala. Akhirnya rakyat telah sedar kedudukan Pakatan Rakyat yang tidak mampu menjaga hal-hal kebajikan rakyat Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang, marilah kita merenung kembali apa yang telah dilakukan oleh 5 orang ADUN berbangsa India yang berada dalam pucuk pimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang . ADUN-ADUN tersebut pernah tak melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap kaum India? Jawapannya memang tidak! Mereka lebih banyak mengangguk apa jua keputusan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka tidak mampu untuk menolong kaum India kerana telah dikuasai dan dijajahi oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Mereka hanyalah menjadi robot kepada Lim Guan Eng dan sedia melaksanakan apa jua arahan daripada beliau.

Contoh yang paling ketara ialah tentang Timbalan Ketua Menteri II Negeri Pulau Pinang yang kerapkali melaung-laungkan tentang masalah yang berlaku di Sri Langka. Beliau seperti lupa daratan dan kurang memahami penderitaan yang dialami oleh rakyat negeri Pulau Pinang. Beliau mempunyai masa yang panjang untuk memikirkan tentang rakyat Sri Langka, tetapi tidak mempunyai masa untuk masyarakat negeri Pulau Pinang. Beliau harus sedar beliau dihormati dan dibayar untuk berkhidmat di negeri Pulau Pinang, bukannya berkhidmat di Sri Langka. Kerajaan Pakatan Rakyat yang kurang faham tentang tugas seorang ADUN perlulah refleksi diri masing-masing agar mendalami tugasan yang dipertanggungjawabkan dan melaksanakan dengan ikhlas.

Jom kita ubah senario yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Jangan kita leka dengan taktik kotor Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang. Berwaspada dan berfikir-fikirlah untuk masa depan yang cerah. Anak-anak kita memerlukan masa depan yang selamat dan cerah. Kitalah yang perlu bertindak untuk merealisasikan keadaan yang selesa untuk anak-anak kita.

Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U SEPTEMBER 2010/BIL.4

by Sdra Mohan a/l Apparoo
Penyelaras Parlimen Batu Kawan

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.