Mengharungi Cabaran Dengan Pengalaman Dan Keikhlasan
13 Oct 2010, 12:15 PM
Posted in Bulletin, Interviews
Gerakan4U keluaran kali ini telah mewawancara Sdra Goh Kheng Sneah, Sdra Wong Mun Hoe, Sdra Teoh Hang Chong, Sdra Oh Tong Keong dan Sdra Ng Song Kheng. Kelima-lima mereka telah memberikan pandangan mereka terhadap perkembangan politik semasa dan juga perancangan sendiri untuk mengharungi cabaran yang berada di hadapan masing-masing.

Gerakan4U keluaran kali ini telah mewawancara Sdra Goh Kheng Sneah, Sdra Wong Mun Hoe, Sdra Teoh Hang Chong, Sdra Oh Tong Keong dan Sdra Ng Song Kheng. Di antara mereka, Sdra Goh dan Sdra Wong merupakan bekas Ahli Majlis MPPP dan bekas ADUN. Sementara itu, Sdra Teoh merupakan bekas Pengerusi JKKK dan bekas Ahli Majlis MPPP, manakala Sdra Oh dan Sdra Ng pula merupakan bekas pembantu wakil rakyat yang kini diberi tangungjawab untuk memainkan peranan di barisan hadapan.
Kelima-lima mereka telah memberikan pandangan mereka terhadap perkembangan politik semasa dan juga perancangan sendiri untuk mengharungi cabaran yang berada di hadapan masing-masing.
Penyelaras DUN Batu Uban Sdra Goh Kheng Sneah menyatakan bahawa beliau menceburi bidang politik dengan syarat tidak mengabaikan keluarga dan perniagaan sendiri. Beliau berhasrat untuk berbakti kepada masyarakat dan juga berjuang untuk membina satu masyarakat Malaysia yang adil dan saksama.
‘Walaupun saya kalah semasa PRU yang lepas, tetapi saya masih mendapat sokongan sebanyak 48% daripada pengundi-pengundi di kawasan yang saya tandingi. Objektif utama Barisan Nasional melantik penyelaras-penyelaras adalah supaya perkhidmatan kepada rakyat dapat diterusan. Adalah tidak wajar sekiranya semua perkhidmatan dihentikan setelah kalah dalam PRU.’
Apabila menyentuh suasana politik di Negeri Pulau Pinang, Sdra Goh menyatakan bahawa kebanyakan rakyat adalah lebih matang daripada ahli-ahli politik. Terdapat sesetengah ahli politik tidak sanggup menerima kekalahan manakala terdapat sekumpulan ahli-ahli politik yang menang dalam PRU beraksi sebagai ‘johan dunia’.
‘Saya ingin mengingatkan ahli-ahli politik tertentu bahawa mereka bukan memenangi 100% sokongan. Meraka yang menang harus menjalankan tugas sebagai kerajaan dengan ikhlas dan bukannya bergaduh dengan sesiapa sahaja setiap hari. Saya ingin ingatkan Ketua Menteri untuk menilai balik beliau sendiri dengan mengikut laporan, beliau ‘dipukul’ 3 kali dalam masa yang singkat.’
Sdra Goh juga mengingati pihak yang kalah supaya jangan asyik berdemonstrasi atas isu-isu yang remeh-temeh.
Selepas tiada dipilih sebagai wakil rakyat, saya mendapati kualiti perkhidmatan yang melibatkan hal ehwal harian penduduk tempatan dan pihak berkuasa tempatan adalah tidak sebaik semasa Barisan Nasional menjadi kerajaan.
Apabila ditanya mengenai hal-hal di kawasan DUN beliau, Sdra Goh menegaskan bahawa beliau akan menfokus ke atas bidang ekonomi, pendidikan, keselamatan dan hal ehwal harian penduduk. Walaupun kawasan Batu Uban merupakan kawasan hitam demam denggi, tetapi sewaktu Sdra Goh menjadi wakil rakyat, tiada kejadian demam denggi yang membawa maut. Kini 2 kes demam denggi yang melibatkan kematian telah berlaku.
Penyelaras DUN Pantai Jerejak Sdra Wong Mun Hoe menyatakan bahawa Gerakan mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negeri dan dapat membantu orang awam mendapatkan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
‘Selepas PRU-12, saya hanya rehat 2 bulan dan kemudian meneruskan kerja perkhidmatan kepada orang awam melalui pusat khidmat saya. Masih terdapat pengundi-pengundi yang datang untuk meminta bantuan tetapi mereka semua faham akan hakikat bahawa Gerakan bukan lagi merupakan parti pemerintah’.
Sdra Wong menyatakan bahawa orang awam ingin mendapatkan maklumat dan nasihat daripada pasukan khidmat beliau agar dapat menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan lebih mudah. Ini menunjukkan orang awam masih sokong Gerakan kerana ia merupakan sebuah parti yang berkualti.
Beliau menyifatkan keadaan politik di Pulau Pinang sebagai ‘krisis’ kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mempunyai hala tuju untuk pembangunan ekonomi yang jelas.
‘Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan yang menyeluruh unutk pembangunan negeri seperti dalam bidang pelancongan, perindustrian dan perdagangan.’
Pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan hanya merupakan ‘wayang kulit dari Pakatan Rakyat. Mereka tahu akan had dan kuasa kerajaan tempatan dari segi perundangan tetapi masih menjadikan pemulihan pilihanraya untuk kerajaan tempatan sebagai minifesto mereka.
Sdra Wong menyatakan bahawa tidaklah penting sangat samada beliau dilantik sebagai penyelaras atau tidak. Apa yang penting ialah Gerakan sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat dengan ikhlas dan jujur.
Penyelaras DUN Ayer Itam Sdra Teoh Han Chong menyatakan bahawa selepas PRU yang lepas, beliau dijemput untuk ‘lompat’ ke parti lain tetapi beliau masih tetap dengan pendirian untuk bersama-sama dengan Gerakan kerana rakyat memerlukan sistem 2 parti.
Konsep sistem 2 parti seharusnya merupakan sesuatu yang harus Gerakan pentingkan pada PRU akan datang. Kita harus memaklumkan kepada para pengundi bahawa apabila membuat pilihan sewaktu PRU kebolehan dan kualiti seseorang calon itu adalah penting selain daripada parti-parti mereka. Calon-calon harus tahu cara-cara untuk mempromosikan sendiri dan mengeratkan lagi interaksi dengan para pengundi agar para pengundi merasai kebolehan dan keikhlasan calon tersebut.
Sdra Teoh sentiasa berbincang pasal politik di kedai-kedai kopi dan tidak takut akan diejek oleh orang lain. Ramai orang masih menyokong Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan sekiranya kita sentiasa mengkritik Kerajaan Negeri dengan sesuka hati, orang awam akan berpendapat Gerakan tidak menerima hakikat kekalahan.
‘Di dunia ini tiada parti yang tidak pernah kalah. Yang penting ialah bagaimana hendak mengakui kekalahan dan mengetahui apakah punca kekalahan itu dan seterusnya merancang bagaimana untuk mencapai kemenangan.’
Sdra Teoh merancang untuk melancarkan satu kempen yang bernama ‘I love Air Itam’ melalui internet dan berharap ini dapat berinteraksi dengan generasi muda.
‘Saya suka berkawan dengan orang dan selalu berada di kawasan DUN saya. Saya jadikan politik sebagai sesuatu yang biasa di kehidupan harian. Sekiranya mendapat bantuan dari orang awam, saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Sekiranya tidak dapat diselesaikan atau di luar bidang kuasa saya, saya akan memberitahu mereka dan memberi pandangan dan cadangan.’
Penyelaras Parlimen Tanjong Sdra Oh Tong Keong menyatakan bahawa sistem 2 parti yang diidamkan oleh rakyat tidak menjadi kenyataan dan politik telah menuju ke arah yang berelemen keganasan. Kini, terdapat sesetengah pengundi yang sekiranya tidak puas hati dengan kita, mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat di depan kita.
Menurut Sdra Oh, perkara-perkara seperti begini tidak pernah berlaku sebelum PRU yang lepas.
Yang dikatakan politik yang bersifat ganas ialah hanya mereka yang boleh mengeluarkan pandangan dan pendapat orang lain tidak dilayan sama sekali. Insiden sebegini telah terbukti apabila kami berucap di Speaker Square dan dimarahi oleh sekumpulan orang awam yang berada di situ’.
Sdra Oh juga menunjukkan bahawa sekiranya mengeluarkan kenyataan di media cetak pun akan dikritik oleh pihak tertentu yang kami tidak terima kekalahan. Sebenarnya, kalau dibandingkan dengan masa sewaktu Barisan Nasional menerajui Kerajaan Negeri, segala kritikan dari orang ramai akan dipandang dengan sikap yang liberal. Kami percaya, masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza ke atas sesesuatu dasar tetapi kita seharusnya berinteraksi melalui saluran-saluran yang sesuai dan bukannya melalui keganasan.
Apabila ditanya akan tugas dan tanggungjawab sebagai penyelaras, Sdar Oh menyatakan bahawa kawasan Tanjung mempunyai banyak masalah dan cabaran terutamanya dari penjaja, lalu lintas, bandaraya warisan dunia dan hal ehwai yang berkenaan dengan kehidupan harian penghuni setempat. Antara yang harus diberi perhatian ialah rumah-rumah lama dan warisan yang dibeli oleh warga asing dan diubahsuaikan untuk kegunaan pusat hiburan dan perniagaan. Ini akan menjadikan tapak warisan dunia di Georgetown kehilangan keunikannya. Pemindahan penduduk-penduduk ke kawasan perumahan lain juga menjejaskan perniagaan tradisi di Tanjung.
Menurut Sdra Oh, pusat khidmat beliau telah mengumpul sebanyak 700 kes yang merupakan keluarga miskin dalam jangka masa 6 bulan. Beliau menyeru kepada Kerajaan Negeri agar tidak asyik melaung-laungkan slogan ’100% tiada kemiskinan tegar’ tetapi sebaliknya harus terus berusaha dengan cepat untuk membantu mereka yang terlibat.
Peyelaras DUN Padang Kota Sdra Ng Song Kheng menyatakan bahawa beliau mengenalpasti 3 bidang utama Padang Kota iaitu kawasan berdinamik, pembangunan bersifat cinta alam dan memperbaiki keadaan keselamatan.
Menurut beliau, dalam masa 10 tahun yang lepas, Kerajaan Negeri Barisan Nasional membangunkan Upper Penang Road menjadi satu pusat hiburan, menganjurkan program-program tertentu sempena hari perayaan di Little India, membangunkan Beach Street yang penuh dengan unsur-unsur warisan dan lain-lain lagi.
Penyelaras dianggap oleh orang ramai sebagai satu jawatan yang amat berkuasa. Tetapi pada hakikatnya penyelaras mempunyai banyak had seperti peruntukan pembangunan di kawasan masing-masing. Walaubagaimanapun, beliau sentiasa berinteraksi dengan sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berada di kawasan beliau dan bersedia untuk menghulurkan bantuansebanyak mana yang mampu.
Sebenarnya Sdra Ng telah berkhidmat di kawasan Padanag Kota selama 10 tahun dengan bekas YB kawasan tersebut. Sekarang, beliau diberikan tugas dan tanggungjawab yang lebih berat iaitu dikehendaki untuk menubuhkan satu pasukan khidmat dan menjalankan tugas dengan berefisien.
Sdra Ng berpendapat bahawa sekiranya rakyat berfikiran matang dan membuat keputusan sewaktu PRU dengan berasaskan kualiti calon itu sebagai faktor penting pemilihan maka parti-parti politik akan mencalonkan individu-individu yang lebih berkualiti semasa PRU.
Menurut Sdra Ng, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak mentadbirkan negeri Pulau Pinang dengan baik dan ini telah mengakibatkan penurunan pelaburan asing, kegawatan ekonomi, kekurangan peluang perniagaan. Kesemua ini akan membawa impak yang negatif kepada rakyat.
Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U SEPTEMBER 2010/BIL.4
by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u

0 comment, be the first to comment