Memperkukuhkan Parti Dan Meningkatkan Nilai Diri
27 May 2010, 12:00 PM
Posted in Bulletin, Topic
PRU yang ke-12 merupakan satu tamparan yang kuat kepada Parti Gerakan Rakyat Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang. Dalam masa dua tahun ini, kita melalui perasaan sedih, marah, kecewa lalu merenung dan bangun semula dengan semangat yang lebih kental. Ada ahli-ahli parti yang sedang gagah berjuang untuk martabat parti, ada juga ahli-ahli parti yang telah bersiap sedia untuk mengharungi cabaran di hadapan kita. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir ahli-ahli yang masih tertanya-tanya tentang hala tuju dan masa depan parti. Sejak 2008, terdapat banyak persoalan dan kemusykilan yang ditujukan oleh ahli-ahli kepada barisan pemimpin parti. Marilah kita bersama-sama mendengar apakah yang diperkatakan oleh Setiausaha Negeri kita, Sdra Ong Thean Lye, berkenaan dengan soalan-soalan yang ditujukan.

(1) Terdapat ahli-ahli parti yang berpendapat bahawa kepimpinan parti kehilangan hala tuju. Apakah pendapat anda?
Satu sesi sumbang saran berasaskan tema ‘Satu Hati, Gerak Bersama’ diadakan selepas PRU ke-12. Kita menetapkan 1 Wawasan, 1 Misi, 3 Teras dan 8 Strategi Utama untuk Gerakan; ataupun lebih dikenali sebagai 1138.
1138 adalah konsep am, dasar parti dan pelaksanaan penyelesaian terhadap isu-isu utama. Saya tidak menafikan bahawa pelaksanaan 1138 kurang memuaskan. Ahli-ahli parti perlu memahami bahawa pelaksanaan 1138 bukan sahaja di kepimpinan peringkat pusat dan negeri. Peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli dan pemimpin akar umbi di cawangan, bahagian, wanita, pemuda, beliawanis dan biro-biro, akan menyumbang kepada kejayaan parti.
(2) Apakah pandangan anda terhadap desakan atas Presiden Gerakan dan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang untuk mengundur diri demi bertanggungjawab ke atas keputusan PRU ke-12.
Parti Gerakan dan negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Adalah mustahil untuk kita dapatkan persetujuan dan sokongan dari semua ahli-ahli parti.
Kita mengakui sistem demokrasi dan menerima keputusan pilihan raya. Kita akan mempertahankan sistem ini. Apabila masa telah sampai, terpulanglah kepada ahli-ahli parti yang akan membuat keputusan.
Bagi ahli-ahli parti yang ingin menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti tetapi dinasihatkan sebaliknya oleh pemimpin-pemimpin parti, saya berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin parti berhak menasihat tetapi keputusan mutlak adalah di tangan ahli-ahli parti sendiri.
Sekiranya ahli-ahli parti menerima nasihat pemimpin-pemimpin dan tidak bertanding, maka janganlah lagi menyalahkan sesiapa.
(3) Apakah kefahaman anda terhadap kata-kata Sdra Lim Keng Yaik bahawa Gerakan tidak mampu tawan kembali Negeri Pulau Pinang?
Kata-kata Tun Lim kurang tepat. Dalam dunia politik adakala kita menang adakala kita kalah. Pada setiap pilihanraya, mesti ada kekalahan dan kemenangan.
Sejarah politik di Malaysia telah menyaksikan keadaan politik di Negara kita di mana MCA tidak memenangi sebarang kerusi DUN yang ditandingi di Pulau Pinang pada tahun 1990, manakala DAP hanya diwakili seorang ADUN dalam ketiga-tiga penggal sebelum 308. Sementara itu PKR memenangi 1 kerusi Parlimen sahaja untuk 2 penggal iaitu pada PRU 1999 dan 2004.
Pada masa itu, ramai yang telah menyangkakan masa depan yang pudar untuk PKR dan DAP, tetapi PRU 2008 ini telah membuktikan pandangan orang awam yang tidak tepat.
Kita tidak dapat menjangka bilakah dapat Gerakan memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang. Antara faktor-faktor yang penting untuk diberi mandat semula termasuk memperkuatkan parti, keadaan ekonomi dan prestasi parti pemerintah. Dalam kontek ini, adalah amat penting untuk BN menunjukkan perubahan dan transformasi yang dijalankan dan seterusnya memberi satu harapan baru kepada rakyat.

(4) Apakah pandangan saudara terhadap sikap sesetengah ahli parti yang dulunya berada di barisan hadapan parti tetapi telah menjadi begitu pasif selepas PRU ke-12 dan pilihan parti.
Sememangnya, setiap individu mempunyai perancangan tersendiri dalam kehidupan masing-masing. Sekiranya perjuangan politik diletakkan sebagai kerjaya, maka seseorang itu akan terus berjuang walaupu ditewaskan di pilihanraya.
Ada juga yang akan meneliti semula perancangan masing-masing setelah ditewaskan di pilihanraya. Adalah menjadi lumrah untuk mereka berbuat demikian tetapi adalah tidak patut sekiranya mereka mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik tetapi pada masa yang sama juga mempengaruhi ahli-ahli parti yang masih bersemangat berbuat demikian.
Parti memerlukan perpaduan pada masa sukar. Kita harus terima mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri. Jangan menjadi mereka yang tercicir dan menjadikan perselisihan dalaman, seperti tidak kritik secara membina. Tampir ke depan demi perubahan dan bertanggungjawab bersama-sama.
Parti memerlukan sokongan dan penglibatan yang aktif dari ahli-ahli terutamanya pada masa yang amat sukar ini. Sekiranya ada yang tidak dapat menyahut cabaran yang baru ini mengundur diri, tindakan ini dapat difahami. Tetapi adalah tidak patut bagi mereka yang mengundurkan diri teruskan perbuatan-perbuatan yang boleh menggugat kestabilan parti dan menimbulkan konflik antara ahli-ahli parti yang teruskan perjuangan.
(5) Bagaimanakah para pemimpin Parti Gerakan Pulau Pinang hendak memimpin ahli-ahli parti untuk teruskan perjuangan?
Pada pendapat saya, usaha ini boleh dibahagikan kepada strategi dalaman dan luaran.
Dalam parti, kita sedang berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan parti dan juga menggunakan sumber-sumber yang sediada dalam parti untuk memperkuatkan organisasi dan pentadbiran parti.
Untuk menghadapi cabaran luar, parti telah melancarkan program latihan dan akitviti-aktiviti bulanan terutamanya untuk ahli-ahli parti yang berada di barisan hadapan. Dalam usaha mewujudkan suasana politik yang berkualiti, kita telah melatih ahli-ahli parti dari segi ideologi-ideologi parti, peristiwa-peristiwa semasa dan pengetahuan-pengetahuan dalam bidang politik, ekonomi, budaya, pendidikan dan lain-lain yang berkenaan.
Parti berhasrat dengan perlantikan penyelaras-penyelaras dan ahli-ahli parti yang lebih muda dan berpotensi, mereka dapat melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aspek perancangan dan pelaksanaan program-program parti.
Diharap dengan melalui pendekatan ini, parti sekali lagi dapat mengambil langkah yang pragmatik untuk berkhidmat kepada rakyat dengan jujur dan ikhlas.
(6) Apakah harapan dan permintaan Gerakan terhadap penyelaras-penyelaras?
Parti selalu memberi panduan kepada penyelaras, seperti menyeru para penyelaras membentuk pasukan khidmat sendiri, sebagai keperluan asas parti. Penyelaras dan pasukan khidmatnya harus menguasai situasi kawasannya: menganalisasi dengan merujuk kepada kemenangan pilihanraya 2004 dan status pilihanraya 2008. Penyelaras harus menangani isu dan faktor yang berkaitan supaya dapat menawar kembali kepercayaan rakyat.
Penyelaras juga harus meningkatkan nilai diri: kemampuan bahasa dan kebolehan untuk bertutur kepada orang ramai, ideologi politik pandangan sendiri. Saya tidak menfikan terdapat penyelaras yang mendapati urusan kawasan mencabarkan dan kesusahan sebagai seorang wakil rakyat. Masa akan menjadi ujian mereka, jikalau mereka yang akan menjadi calon wakil rakyat.
(7) Selepas PRU ke-12, fenomena politik kelihatan mutu wakil rakyat yang mengecewakan. Adakah anda bersetuju bahawa rakyat akan memilih calon dan bukan parti, pada pilihanraya yang akan datang?
Tsunami politik Malaysia telah meningkatkan kesedaran politik rakyat. Rakyat lebih tertarik pada calon yang berpendirian dan menekankan kebenaran dari fakta. Masalah tidak lagi diselesaikan secara ekstrim atau dengan unsur perkauman. Kemungkinan rakyat akan memilih calon dan bukan parti pada pilihanraya yang akan datang memang tinggi.
Khususnya terhadap calon Barisan Nasional, orang ramai tidak akan memilih calon parti. Justeru, ahli parti di garisan depan harus menumpukan aspek-aspek seperti imej persendirian, memelihara dan meningkatkan kualiti dan kemampuan untuk bergaul dengan semua kalangan.
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat dapat memenangi sokongan dan kepercayaan rakyat.
(8) “Ekstrimis dalam UMNO merupakan musibat Gerakan.” Apakah pandangan anda?
Pelampau ini bukan sahaja musibat Gerakan. Mereka juga menjejaskan BN, maka UMNO juga menderita. Menurut satu kajian, kata-kata keras pelampau yang menyakiti kaum-kaum lain hanya meningkatkan sokongan kaum Melayu sebanyak 1-2% sahaja.Tetapi, BN pula kehilangan sebahagian besar sokongan bukan Melayu.
Mereka harus terima hakikat, kaum Melayu hari ini berbeza daripada mereka pada tahun 70 dan 80-an. Sebahagian besar daripada mereka berpendidikan, berfikiran matang dan rasional. Tambahan pula pilihan alternative seperti PAS dan PKR yang telah berubah daripada menjadi lampau. Walaupun UMNO masih ada penyokong kuat, tetapi tidak dapat menawar hati golongan muda lagi.
(9) Mungkinkah Gerakan menarik diri daripada BN?
Kemungkinan tidak berlaku dalam politik. Pada pendapat saya, satu organisasi yang kuat akan dapat memainkan peranan yang diidam-idamkan. Persiapan akan membenarkan anda mengambil langkah-langkah yang diingini pada masa yang akan datang.
Kata-kata perkauman oleh pelampau UMNO yang terbelakang zaman tidak harus dihirau. Mereka tidak mempunyai darjat yang berpengaruh. Ramai pemimpin UMNO juga mengabaikan pandangan yang melampau ini.
Kekalahan BN di Pulau Pinang disebabkan oleh dominasi UMNO. Hanya perubahan UMNO yang kena-mengena kita.
(10) Mengapa anda menerima perlantikan sebagai setiausaha negeri dan setiausaha politik?
Saya terlibat dengan Gerakan sejak tahun 1987, hanya menyertai beberapa kegiatan dan kemudian menjadi ahli parti di garisan depan. Saya diberi peluang untuk meluahkan pandangan dan idea-idea. Saya berkewajiban untuk menagani kesulitan yang dihadapi parti dan menyatupadukan ahli-ahli parti. Kalau tidak, mereka yang mengundur diri dan lenyap akan memberi kesan negatif untuk menghidup kembali parti.
Apabila diberitahu perlantikan sebagai setiausaha politik, saya agak terperanjat. Pada masa itu, saya sedang fokus pada pimpinan peringkat negeri dan kerjaya sendiri, saya terpaksa membuat pilihan semula. Saya terima lantikan tersebut untuk memperluaskan sudut pandangan. Kesempatan untuk memahami operasi kerajaan pusat dan berkenalan dengan lebih ramai orang merupakan pengalaman tidak dapat dilepaskan.
Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U APR 2010/BIL.2
by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u
- Previous Abolish and not extend validity period of annual licensing, Gerakan Youth
- Next Bengkel: Kebebasan Beragama

0 comment, be the first to comment