Masalah Penjaja Kecuaian Pakatan Rakyat
5 Oct 2010, 4:20 PM
Posted in Bulletin
Kejadian yang tidak diingini yang berlaku ke atas penjaja-penjaja di Pulau Pinang akhir-akhir ini telah jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempertimbangkan kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh penjaja-penjaja apabila cuba menyelesaikan masalah-masalah mereka.
Walaupun masalah-masalah berkaitan dengan penjaja adalah rumit tetapi ini merupakan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan tempatan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Tindakan-tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian seharusnya merangkumi aspek perundangan dan keprihatinan.
Jelas kelihatan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan pimpinan Pakatan Rakyat lebih cenderung untuk mengambil tindakan yang keras dan terburu-buru tanpa mendengari masalah-masalah yang dihadapi oleh penjaja-penjaja yang terlibat.
Tindakan sebegini hanya akan menjejaskan pembangunan ekonomi negeri dan pada masa yang sama menyusahkan lagi sara hidup para penjaja yang sebahagian besar daripada mereka adalah dari golongan berpendapatan rendah.
Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U SEPTEMBER 2010/BIL.4
by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u
- Previous Mengetepikan Perbezaan Politik Demi Kebahagiaan Rakyat
- Next Ketua Menteri kah Ketua Pembangkang?

0 comment, be the first to comment