Parti Gerakan logo

Lintas Langsung dari Editor Time

13 Mar 2010, 7:30 PM
Posted in News

Lintas Langsung dari Editor Time

Setiausaha Agung Parti Gerakan Sdr. Teng Chang Yeow, akan berbahas dalam rancangan televisyen “Editor’s Time” dengan YB Liew Chin Tong, wakil dari Pakatan Rakyat pada 13 Mac 2010 (Sabtu), pukul 7.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang.

Tajuk perbahasan adalah bertema “Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kerajaan Negeri Pulau Pinang: Adakah Persembahannya Adalah Lebih Baik Selepas 2 Tahun?”

Perbahasan tersebut adalah dijalankan dalam Bahasa Cina.

Untuk membolehkan lebih ramai orang mengikut perkembangan perbahasan tersebut, Gerakan4u.com akan membuat laporan lintas langsung dari Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang.

>>> Laporan Lintas Langsung

07.50 pm – Teng Chang Yeow bersedia untuk mulakan perbahasan.

07.51 pm – Perbahasan telah bermula. Perbahasan ini telah menarik kehadiran lebih kurang seribu orang.

07.55 pm – Pihak penganjur menyampaikan cenderamata kepada Teng Chang Yeow.

08.05 pm – Pengacara memperkenalkan dif-dif dalam perbahasan ini, iaitu Wong Chin Huat, Teng Chang Yeow, Liew Chin Tong dan Voo Kan Cheong.

08.09 pm – Liew mulakan kenyataan perbahasan beliau. Beliau mengkritikan Kerajaan Persekutuan yang mengamalkan “satu negera dua system” dan ia tidak memanfaatkan rakyat di negeri Pulau Pinang.

08:15 pm – Liew mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukan peruntukan kewangan kepada sekolah menengah persendirian cina.

08.20 pm – Apa yang dikatakan oleh Liew dalam perbahasan ini telah diulang-ulangkan oleh beliau dalam perhimpunan lain.

08.25 pm – Teng Chang Yeow mulakan kenyataan perbahasan tersebut.

08.26 pm – Teng Chang Yeow mempersoalkan keikhlasan Pakatan Rakyat dalam mentadbirkan negeri Pulau Pinang.

08.27 pm – Teng Chang Yeow mengatakan semasa pentabdiran Barisan Nasional, belanjawan negeri dari tahun 1991 dan tahun 2007 telah mencatatkan ‘surplus’, tetapi Barisan Nasional tidak mengheboh-hebohkan, tidak seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

08.28 pm – Teng juga mencabarkan Liew Chin Tong untuk membuktikan ketidakkerjasamaan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan, tetapi Liew tidak dapat membuktikannya.

08.30 pm – Teng Chang Yeow menafikan Kerajaan Persekutuan tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri, masalahnya Kerajaan Negeri tidak tahu membuat tuntutan.

08.32 pm – Teng berkata, Kerajaan Persekutuan telah mengesyorkan dua orang pegawai kerajaan berbangsa cina sebagai calon untuk Setiausaha Negeri, tetapi Kerajaan Negeri telah menolak pencalonannya. Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pencalonan dari Kerajaan Negeri dan ia adalah buktinya Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

08.45 pm – Teng mencabarkan Kerajaan Negeri hanya tahu ‘berlakon’, dan mengatakan Kerajaan Negeri hanya tahu beraksi untuk menipukan sokongan dari rakyat.

09.00 pm – Teng mengakui terdapat kelemahan dalam Parti Gerakan untuk menghadapi dan menyelesaikan.

09.05 pm – Salah satu penonton mengatakan Kerajaan Negeri telah gagal mengawalkan pembangunan pesat di Pulau Pinang, dan mengakibatkan pembangunan di kawasan bukit masih berlaku.

09.25 pm – Teng menyoalkan adakah sistem tender yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat betul-betul terbuka kepada orang ramai. Teng telah memberikan beberapa contoh di mana sistem tender terbuka telah gagal dilaksanakan.

09.40 pm – Teng mengatakan Kerajaan Negeri harus menunaikan manifesto pilihanraya mereka.

09.45 pm – Teng mengakui Parti Gerakan mengalami kesulitan untuk memainkan peranan sebagai parti pembangkang, di mana rakyat masih bersimpati kepada Kerajaan Negeri.

by Meja Pengarang
gerakan4u.com

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.