Parti Gerakan logo

Lim Guan Eng Mampu Menyembunyikan Fakta Tetapi Perangkaan Akan Mendedahkan Kebenaran

24 May 2010, 12:00 PM
Posted in Bulletin, Topic

Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui perangkaan tersebut yang cuba diselubungi oleh Lim Guan Eng. Sepertimana dilaporkan dalam media massa, Ketua Menteri ini menghabiskan kebanyakkan masa beliau mengkritik musuh-musuh dan memain politik daripada menumpukan masa beliau untuk membangunkan ekonomi Pulau Pinang. Adakah ini perubahan yang diidamkan oleh rakyat Pulau Pinang?

Apakah perangkaan ini menggambarkan? Ia mencerminkan bahawa sejumlah besar pelaburan RM10.2 bilion di negeri Pulau Pinang pada tahun 2008 sebenarnya daripada hasil titik peluh pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang sebelumnya.


Merujuk kepada MIDA, Negeri Pulau Pinang mencatatkan kemerosotan yang paling membimbangkan.

Pada 2009, jumlah pelaburan hanya mencatatkan RM2.2 bilion, iaitu kemerosotan sebanyak 79% atau pengurangan sebanyak RM8.08 bilion.

Selepas setahun (April 2010), kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan Ketua Menteri Lim Guan Eng membisu tentang angka pelaburan pada tahun 2009!

Ini menunjukkan bahawa Lim Guan Eng cuba menyembunyikan kebenaran daripada rakyat demi memperkukuhkan kedudukkan beliau sebagai Ketua Menteri dan mengeksploitasikan usaha kerajaan BN yang sebelum ini.

Pada April tahun lepas, kerajaan PR yang mengambil alih pentadbiran yang diterajui oleh DAP, telahpun mengadakan publisiti besar-besaran untuk mempromosikan bahawa kerajaan mereka berjaya menarik masuk pelaburan sebanyak RM10.2 bilion walaupun dalam situasi kegawatan ekonomi.


Sewaktu mentadbir negeri Pulau Pinang, Barisan Nasional amat mengambil berat tentang strategi-strategi untuk membangunkan dan menggalakkan pelaburan di sektor perkilangan.

Antara pelabur-pelabur yang disebut ialah Honeywell, USD 200 juta; Ibiden, RM1.2 bilion and B.Braun RM500 juta. Beliau mempergunakan angka-angka pelaburan tersebut untuk memaparkan tahap keyakinan pelabur-pelabur dan menjamin kecerahan masa depan Pulau Pinang.

Perangkaan pelaburan yang dicatatkan oleh Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) amat membimbangkan:

Berbanding dengan negeri-negeri yang mencatatkan kemerosotan pelaburan seperti Sarawak, Selangor dan Johor, Pulau Pinang menunjukkan kemerosotan yang paling membimbangkan (dalam RM Bilion)




Hakikatnya, sebanyak RM4.7 bilion atau 46% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2008 merupakan projek-projek yang diluluskan pada tiga bulan pertama tahun tersebut, iaitu sewaktu Barisan Nasional masih merupakan kerajaan negeri.

Daripada enam projek yang diluluskan pada suku ke-3 dan suku ke-4 tahun 2008, lima (*) daripada pelabur-pelabur projek-projek tersebut telahpun memulakan rundingan dengan kerajaan negeri sejak 2007 untuk menubuhkan kilang-kilang pembuatan, walaupun proses permohonan secara formal untuk Lesen Pembuatan hanya dapat berlaku pada pertengahan kedua tahun 2008.

(*) Honeywell, Ibiden, National Instruments, St. Jude Medical dan Osram Opto Semicondutor

Penelitian akan mendedahkan bahawa pelaburan RM10.2 bilion yang diluluskan pada tahun 2008, RM6.7 bilion atau 66% adalah untuk projek-projek pembesaran / diversifikasi.

Keadaan ini menggambarkan usaha kerajaan yang terdahulu untuk menarik pelaburan ke negeri Pulau Pinang dan menyediakan suasana yang meyakinkan pelabur-pelabur tersebut untuk kembali melabur.

Projek-projek yang bercirikan Teknologi Tinggi / Strategik atau Insentif Cukai untuk lima tahun kebelakangkan ini semakin berkurangan.


Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui perangkaan tersebut yang cuba diselubungi oleh Lim Guan Eng. Sepertimana dilaporkan dalam media massa, Ketua Menteri ini menghabiskan kebanyakkan masa beliau mengkritik musuh-musuh dan memain politik daripada menumpukan masa beliau untuk membangunkan ekonomi Pulau Pinang. Adakah ini perubahan yang diidamkan oleh rakyat Pulau Pinang?

Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U APR 2010/BIL.2

by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.