Ketua Menteri kah Ketua Pembangkang?
5 Oct 2010, 4:22 PM
Posted in Bulletin
Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tahu sangat sentimen dan perasaan orang ramai terutamanya kecenderungan politik orang ramai.
Sejak beliau diberi mandat sebagai Ketua Menteri, beliau asyik sangat menimbulkan keadaan tegang dan marah antara rakyat melalui kata-kata beliau.
Apabila Ketua Menteri ini berhadapan dengan masalah dalam pentadbiran kerajaan pimpinan beliau, beliau akan menghadapi masalah-masalah tersebut dengan satu rumusan sahaja iaitu menyatakan ini adalah kesilapan kerajaan yang sebelum ini.
Antaranya termasuk apabila berlakunya masalah dengan pintu gerbang di Taman Kebun Bunga, beliau menyalahkan kakitangan kerajaan persekutuan, apabila berhadapan dengan minta rayuan dari peniaga-peniaga di Komtar, beliau menyalahkan kontraktor-kontraktor yang terlibat, manakala apabila berhadapan dengan masalah peniaga kecil di Komtar yang kecewa dan ingin membakar diri sendiri, Ketua Menteri menyatakan ini adalah disebabkan oleh pertimbangan keselamatan yang seolah-olahnya menyalahkan pihak polis.
Inilah yang berlaku selama lebih daripada 2 tahun ini di mana Ketua Menteri asyik sahaja menyalahkan pihak lain dan sibuk memarahi orang-orang lain. Nampaknya, masa dan tenaga beliau bukannya digunakan untuk mentadbir dan membangunkan negeri yang sedang menghadapi banyak cabaran dalam arus pembangunan dan pemodenan.
Kelakuan beliau menjadikan kita semua tertanya-tanya bahawa beliau adalah Ketua Menteri atau Ketua Pembangkang?
Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U SEPTEMBER 2010/BIL.4
by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u
- Previous Masalah Penjaja Kecuaian Pakatan Rakyat
- Next Pakatan Rakyat Relevan Untuk Rakyat Pulau Pinang?

0 comment, be the first to comment