Parti Gerakan logo

Kestabilan politik akan menjamin pembangunan ekonomi

4 Oct 2010, 10:15 AM
Posted in News

Petikan Utama Ucapan Pengerusi J/K Perhubungan Negeri, Sdra Dr Teng Hock Nan
Persidangan Perwakilan Negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia

26-09-2010

  • Pencapaian ekonomi sesebuah negara banyak bergantung kepada kestabilan politik negara tersebut. Ketidak-stabilan politik akan menjejaskan pengaliran masuk pelaburan asing dan sentiment pelabur-pelabur dalam negeri juga akan turut terjejas. Kejadian sebegini bukan sahaja akan memberi impak yang negatif ke atas peluang perkerjaan tetapi juga akan menjejaskan pencapaian bidang SMI (industri kecil dan sederhana). Di bawah pimpinan Parti Gerakan, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mencatatkan jumlah pelaburan yang membanggakan iaitu sebanyak RM10.2 bilion pada tahun 2008. Tetapi setelah kerajaan negeri diambil alih oleh Pakatan Rakyat dan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng, angka pelaburan untuk Pulau Pinang telah menjunam sehingga satu tahap yang membimbangkan iaitu RM2.2 bilion untuk tahun 2009 atau penurunan sebanyak 79%. Manakala, untuk separuh tahun pertama 2010, angka pelaburan asing yang dicatatkan juga tidak memberangsangkan, iaitu hanya RM930 juta sahaja.
  • Saya ingin menasihati Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng agar memandang serius hakikat kemerosotan pelaburan di negeri Pulau Pinang dan sanggup mempelajari segala yang sepatutnya supaya berbakti untuk bidang perindustrian di Pulau Pinang dan bukannya asyik cakap dan gaduh dengan sesesiapa yang mempunyai pandangan yang berlainan. Sekiranya YAB Lim Guan Eng tidak pakar dalam bidang pelaburan perindustrian saya yakin Sdra Mah Siew Keong yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi MATRADE sudi menolong beliau untuk memperbaiki situasi pelaburan di Pulau Pinang yang semakin membimbangkan. Ini juga merupakan satu komitmen dan janji dari Parti Gerakan yang dari dulu sampai sekarang sehingga masa depan juga tidak akan tinggalkan atau abaikan pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang.
  • Post Comment

    Commenting is not available in this section entry.