Kerajaan Negeri Putar Belit Isu Kampung Buah Pala
2 Nov 2009, 12:00 PM
Posted in News
Bekas exco Datuk P.K. Subbaiyah berkata kerajaan negeri pada masa itu telah menandatangani perjanjian dengan pihak koperasi dengan syarat kepentingan penduduk kampung harus di utamakan. "Pada masa itu, Kerajaan Negeri BN telah berbincang berhubung isu banyak kali sebelum keputusan dengan pihak koperasi dapat dibuat dengan syarat hal-hal seperti pampasan harus diselesaikan sebelum perobohan dibenarkan," katanya.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata slogan “CAT” kerajaan negeri untuk “competent, accountable, transparent” itu perlu diubah kepada “complaining, accusing, twisting” berikutan kontroversi isu Kampung Buah Pala.
Teng berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang seharusnya bertanggungjawab untuk menunaikan janji mereka sebelum pilihanraya umum Mac 2008.
“Pakatan Rakyat pernah berjanji kepada penduduk Kampung Buah Pala bahawa mereka akan dibenarkan terus tinggal di kampung tersebut sekiranya parti tersebut menang pilihanraya umum Mac 8, 2008,” katanya ketika berucap sebagai speaker dalam satu forum bertajuk “Kampung Buah Pala Unplugged”.
Katanya, sebelum pilihanraya umum 2008, Pakatan Rakyat yang diketuai pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi DAP Karpal Singh dan wakil rakyat Seri Delima RSN Rayer pernah berkempen di kampung tersebut dan berjanji kepada penduduk kampung bahawa mereka akan dibenarkan tinggal di kampung tersebut sekiranya parti tersebut menang pilihanraya umum.
“Akan tetapi selepas kemenangan pilihanraya umum 2008, Pakatan Rakyat yang diketuai Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang gagal menunaikan janji mereka dan menyebabkan penduduk kampung berasa tertipu, marah dan kecewa” katanya.
Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji menyebabkan penduduk kampong sengsara kerana kampung mereka terpaksa dirobohkan.
Tambahnya, pemimpin Pakatan Rakyat bukan sahaja gagal menunaikan janji, tetapi juga mengambil beberapa langkah untuk menukarkan hakmilik tanah kepada pihak Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad.
“Tindakan itu menunjukkan pihak kerajaan negeri baru itu lupa akan janji mereka dan mereka tidak berhasrat untuk menunaikan janji yang dibuat oleh mereka di depan penduduk Kampung Buah Pala sebelum pilihanraya umum,” katanya.
Teng yang juga bekas Exco kerajaan negeri menerangkan pembangunan tanah seluas 6.5 ekar itu bermula ketika kerajaan negeri di bawah permerintahan Barisan Nasional.
“Kerajaan pada masa itu berancang untuk membina satu tapak perumahan lebih kurang 1,000 unit di atas tanah seluas 6.5 ekar yang telah ditukar dengan pihak Koperasi dengan tanah berdekatan Dewan Sri Pinang yang kini bangunan Mahkamah Sesyen,” katanya.
Beliau berkata kaedah pertukaran tanah digunakan kerana tanah berdekatan Dewan Sri Pinang itu milik Koperasi dan ianya diperlukan untuk pembinaan kompleks Mahkamah.
“Dalam kami mencari kaedah penyelesaian yang terbaik untuk penduduk kampung itu, Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum 2008 dan diberi mandat unutk membentuk kerajaan negeri yang baru,” katanya.
Selain itu, bekas exco Datuk P.K. Subbaiyah berkata kerajaan negeri pada masa itu telah menandatangani perjanjian dengan pihak koperasi dengan syarat kepentingan penduduk kampung harus di utamakan.
“Pada masa itu, Kerajaan Negeri BN telah berbincang berhubung isu banyak kali sebelum keputusan dengan pihak koperasi dapat dibuat dengan syarat hal-hal seperti pampasan harus diselesaikan sebelum perobohan dibenarkan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan pada masa itu tidak membenar perobohan Kampung Buah Pala selagi isu kampung tidak selesai dan pampasan penduduk tidak ditunaikan.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala M.Sugumaran yang juga hadir pada forum tersebut berkata penduduk kampung berasa amat kecewa dengan tindakan kerajaan kini yang telah menipu undi-undi mereka sebelum pilihanraya.
“Kami percaya kepada janji mereka tetapi kami telah ditipu oleh mereka dan kampung kami terpaksa digadaikan,” katanya.
Isu tanah kampung yang dikenali dengan panggilan High Chapparal memuncak selepas Mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah supaya 23 keluarga yang tinggal di kawasan seluas 2.6hektar itu supaya mengosongkannya pada Ogos 2, 2009.
Bagaimanapun, para penduduk Kampung Buah Pala enggan berpindah dengan mendakwa bahawa pemimpin dari DAP dan PKR telah berjanji untuk menyelesaikan isu itu jika mereka dapat mengambil alih pentadbiran negeri, semasa berkempen pada pilihan raya umum 2008. Janji untuk memastikan penduduk kampung dibenarkan tinggal di Kampung Buah Pala buat selama-lamaynya juga dibuat oleh pemimpin DAP selepas mereka memenangi pilihanraya 2008.
Antara yang turut hadir pada forum tersebut adalah Ketua Pembangkang yang juga wakil Rakyat kawasan Penaga Datuk Azhar Ibrahim, Penilai Tanah Tony Lee, pemimpin Gerakan negeri dan penduduk kampung.
by Meja Pengarang
gerakan4u.com
- Previous Teh Tarik Forum: Kampung Buah Pala Unplugged
- Next Gerakan Lambasts Penang State Government For Moving Hawkers

0 comment, be the first to comment