Parti Gerakan logo

Kepincangan Kerajaan Negeri PR Menjejaskan Prestasi MPPP

3 Feb 2010, 12:45 PM
Posted in Bulletin, Topic

Kerajaan negeri PR memaksa Sr. Tan Cheng Chui meletak jawatan Ahli Majlis beliau. Tindakan kerajaan negeri PR ini yang tidak berperancangan sememangnya dijangka akan mendatangkan kekeliruan dan membantut pentadbiran MPPP.

Yang DiPertua MPPP Sr. Tan Cheng Chui tiba-tiba memohon untuk persaraan awal dengan alasan kesihatan pada Nov 2009. Persaraan beliau adalah di luar dugaan dan telah mendatangkan perbincangan yang hangat akibat tindakan susulan kerajaan negeri yang kurang berketulusan.

Sr. Tan Cheng Chui dilantik sebagai YDP MPPP pada 1hb Jun 2009, walaubagaimanapun dalam tidak sampai 1 tahun, beliau telah memohon untuk persaraan awal. Memandangkan beliau kini bercuti sehingga 1hb Mac 2010 sebelum bersara dengan rasmi, persoalan sekarang adalah siapakan yang akan menjalankan tugas dan tanggungjawab YDP sebelum tarikh persaraan rasmi Sr. Tan Cheng Chui?

Setiausaha MPPP Cik Patahiyah Ismail merupakan antara calon yang berpengalaman dan berkelayakan untuk dilantik sebagai YDP. Walaubagaimanapun, isu-isu yang berlaku seterusnya adalah di luar dugaan sama sekali.

Mengikut tradisi, jikalau YDP tidak dapat menjalankan tugas beliau atas apa-apa sebab (tetapi jawatan YDP masih belum dikosongkan), kerajaan negeri boleh melantik Pemangku YDP. Ini telah beberapa kali dilakukan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Tetapi, pada kali ini, kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat tidak berbuat demikian dan apa yang diputuskan ialah melantik Cik Patahiyah untuk menanggung tugas YDP. Mengikut penjelasan Ketua Menteri Lim Guan Eng, Cik Patahiyah Ismail tidak boleh dilantik sebagai Pemangku YDP kerana Sr. Tan Cheng Chui masih belum kosongkan jawatan YDP.


Memandangkan perkembangan ini, Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Pulau Pinang Dato’ Dr. Teng Hock Nan mengingatkan kerajaan negeri PR yang tindakan mereka besar kemungkinan akan membawa implikasi undang-undang. Justifikasi Dr. Teng ialah sekiranya Cik Patahiyah dilantik untuk menanggung jawatan YDP (dan bukan sebagai Pemangku YDP) beliau harus terlebih dahulu dilantik sebagai Ahli Majlis MPPP dan ini akan bercanggah dengan peruntukan Akta Kerajan Tempatan 1976 kerana jumlah maksimum seramai 24 orang Ahli Majlis untuk MPPP telah penuh dilantik.

Dr Teng mengesyorkan kepada kerajaan negeri PR untuk mempertimbangkan amalan tradisi iaitu dengan melantik Cik Pathiyah sebagai Pemangku YDP supaya tidak timbulnya pertikaian perundangan tentang kesahihan perlantikan beliau apabila beliau menjalankan tugas dan tanggungjawab YDP.

Malang sekali, nasihat dan pandangan yang ikhlas dari Dr. Teng bukan sahaja tidak diterima dengan hati yang terbuka oleh kerajaan negeri PR malah Ketua Menteri Lim Guan Eng mengeluarkan kata-kata yang kurang ajar untuk membalas nasihat yang diberi kepada beliau.


Kerajaan negeri PR teruskan dengan perlantikan Cik Patahiyah sebagai Ahli Majlis MPPP dan seterusnya menangung jawatan YDP (dan bukan Pemangku YDP) . Kerajaan negeri PR juga memaksa Sr. Tan Cheng Chui meletak jawatan Ahli Majlis beliau. Tindakan kerajaan negeri PR ini yang tidak berperancangan sememangnya dijangka akan mendatangkan kekeliruan dan membantut pentadbiran MPPP.

Awal tahun 2010, Kerajaan negeri PR didapati ‘terlupa’ melantik Cik Pathiyah sebagai ‘Commission of Building’ yang dijawati oleh YDP MPPP. Tindakan pentadbiran kerajaan negeri PR yang kurang kompeten ini telah mengakibatkan banyak permohonan dari rumah pangsa dan kondominium untuk membentuk JMB dan MC tertunggak.

Kerajaan negeri PR di bawah Lim Guan Eng yang bertindak begitu defensif dan kecil hati biarpun diberikan nasihat dan peringatan yang ikhlas sememannya mengecewakan orang ramai dan menjadikan pentadbiran MPPP terjejas. Setelah kes Lim Guan Eng ‘terlupa’ melantik Cik Pathiyah sebagai COB, apakah lagi yang akan berlaku akibat daripada kepincangan Lim Guan Eng.

Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U JAN 2010/BIL.1

by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.