Parti Gerakan logo

Kepimpinan berpasukan dan pemimpin parti masa hadapan

4 Oct 2010, 10:20 AM
Posted in News

Petikan Utama Ucapan Pengerusi J/K Perhubungan Negeri, Sdra Dr Teng Hock Nan
Persidangan Perwakilan Negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia

26-09-2010

  • Harus saya bangkitkan di sini, setelah Pilihanraya Umum 2008 yang lepas, Parti Gerakan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencungkil bakat-bakat muda dan baru supaya perjuangan parti dapat diteruskan dengan lebih dinamik, berimpak dan menyakinkan. Pada bulan Mei 2009, melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan dalam Perlambagaan Parti, Parti Gerakan telah melantik seramai 17 orang penyelaras-penyelaras DUN dan Parlimen. Pada masa yang sama juga, garis panduan-garis panduan dan syarat-syarat perkhidmatan dan pencapaian yang ketat telah ditetapkan ke atas semua penyelaras-penyelaras. Kita berharap, penyelaras-penyelaras kita dapat menyahut cabaran dan seterusnya memikul tanggungjawab untuk dinamakan sebagai calon-calon Pilihanraya Umum yang akan datang.
  • Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk meberitahu saudara-saudara dan saudari-sudari sekalian, antara 17 orang penyelaras-penyelaras Parti Gerakan yang dilantik, hanya 4 orang sahaja yang merupakan bekas ADUN. 13 orang yang lain pula adalah muka baru dan kebanyakan daripada mereka merupakan ahli-ahli yang aktif yang giat membantu YB-YB sebelum ini dalam urusan kawasan DUN dan Parlimen. Antara 17 orang penyelaras-penyelaras yang dilantik, sebanyak 47% adalah dari sayap Pemuda manakala 2 orang lagi adalah dari sayap Wanita.
  • Post Comment

    Commenting is not available in this section entry.