Kenyataan Wakil PR Mengelirukan Rakyat Projek Pembangunan Kebun Bunga Kecoh
17 Aug 2010, 10:00 AM
Posted in Bulletin, Topic
Projek pembangunan Taman Kebun Bunga yang begitu kecoh telah memaparkan ketidakbolehan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang terutamanya dari segi memahami objektif dan manfaat sebenar pembangunan ini dan juga telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyelaraskan segala urusan yang berkaitan dengan projek di Taman Kebun Bunga.

Pelan pembangunan tersebut telah mengalami pelbagai masalah, daripada keraguan penukaran pelan, kesulitan yang dialami oleh penjaja-penjaja dalam isu penempatan baru, pusat pelancongan yang mungkin mengalami tanah runtuh, sehingga masalah pintu gerbang baru-baru ini.
Di bawah RMK-9, Taman Kebun Bunga Pulau Pinang (Penang Botanical Garden) diperuntukan sejumlah RM7 juta dari kerajaan pusat untuk kerja-kerja pembinaan dan naik taraf.
Disebabkan oleh penukaran kerajaan negeri setelah Tsunami politik 2008, jelas kelihatan bahawa kerja-kerja penyelarasan antara agensi-agensi negeri dan pusat terjejas. Apa yang memburukkan situasi ialah exco-exco kerajaan negeri dan wakil rakyat kawasan yang sepatutnya memantau projek ini bukan sahaja tidak mengetahui dengan terperinci projek ini malah asyik berbalah antara satu sama lain. Tindakan mereka ini telah mengakibatkan pelbagai projek yang terlibat berhadapan dengan masalah.
Pelan pembangunan tersebut telah mengalami pelbagai masalah, daripada keraguan penukaran pelan, kesulitan yang dialami oleh penjaja-penjaja dalam isu penempatan baru, pusat pelancongan yang mungkin mengalami tanah runtuh, sehingga masalah pintu gerbang baru-baru ini.
KEKECOHAN 1
ADUN Kebun Bunga YB Jason Ong dan EXCO Pelancongan negeri Pulau Pinang YB Danny Law masing-masing mengadakan sidang akhbar dan bercanggah pendirian.
YB Danny Law berharap semua projek pembangunan yang melibatkan Kebun Bunga dapat diteruskan dan disiapkan seperti mana yang dijangkakan. Manakala, YB Jason Ong kasal bahawa beliau tidak berpendirian tetap untuk meminta projek ini dihentikan.
Menurut YB Jason Ong, walaupun projek ini merupakan satu projek kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Pulau Pinang berhak untuk mengeluarkan perintah supaya projek ini diberhentikan.
KEKECOHAN 2
Pembinaan pintu gerbang di Taman Kebun Bunga menerima banyak kritikan orang awam terutamanya reka bentuk yang tidak selaras dengan pemandangan alam sekitar. Selain daripada itu, pintu gerbang ini juga didapati sengek strukturnya. Keselamatan dan keteguhan pintu gerbang ini juga meragukan. Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen mengarahkan kontraktor menjalankan kajian dan pada masa yang sama juga mengutip maklumbalas dari orang awam melalui internet.
Akan tetapi, kedua-dua EXCO negeri Pulau Pinang iaitu YB Danny Law dan YB Law Choo Kiang masing-masing menyatakan tidak pernah menerima sebarang aduan bahawa pintu gerbang ini sengek. Mereka juga menegaskan bahawa reka bentuk dan struktur pembinaan pintu gerbang ini tidak bermasalah dan tidak bahaya.
Sekumpulan jurutera sivil dan pakar pengukur tanah yang neutral menjalankan kajian dengan menggunakan theodolite dan mendapati pintu gerbang ini sememangnya sengek.
KEKECOHAN 3
Pada hujung tahun 2009, Persatuan Alam Sekitar Malaysia (Malaysia Natural Society) telah memaklumkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang agar menghentikan projek pembinaan Pusat Pelancongan di Taman Kebun Bunga yang pada masa itu sedang dijalankan.
Persatuan Alam Sekitar sebelum ini telah mendapati maklumat yang projek pembinaan ini adalah bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Galian, dan IKRAM. Persatuan Alam Sekitar bimbang akan pembinaan Pusat Pelancongan ini akan mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Kerana kejadian tanah runtuh pernah berlaku sebelum ini dan kini terdapat projek pembinaan kuih dijalankan di puncak bukit ini.
Sehubungan dengan ini, YB Law Choo Kiang menjelaskan projek pembinaan ini dijalankan di atas tanah rata maka arahan henti kerja tidak akan dikeluarkan. YB Danny Law pula menyatakan, sekiranya projek pembinaan ini didapati tidak selamat oleh IKRAM, projek ini akan dihentikan. Pada masa yang sama, YB Jason Ong berpendapat bahawa kerajaan negeri seharusnya mengeluarkan arahan henti kerja dan menubuhkan satu pasukan untuk mengkaji keselamatan projek ini. YB Chow Kon Yeow pula menyatakan kerajaan negeri akan mengkaji projek pembinaan kuil Hindu untuk memastikan tahap keselamatannya.
Kesemua YB Pakatan Rakyat yang berpendapat berlainan ini cukup mengelirukan. Apakah pendirian dan pendangan mereka yang sebenarnya?
KEKECOHAN 4
Tanpa menghiraukan bantahan dari tuan punya kedai dan pertubuhan bukan kerajaan, pihak pengurusan Taman Kebun Bunga mengerahkan pekerja-pekerja untuk merobohkan Waterfall Café yang mempunyai sejarah lebih kurang 120 tahun.
Tuan punya kedai, Encik Sundra dengan marah dan kecewa menyatakan bahawa pihak berkenaan bukan sahaja tidak membalas rayuannya malahan menerima notis roboh bangunan dalam masa 24 jam. YB Jason Ong yang merupakan ADUN kawasan tersebut menyatakan bahawa, demi keperluan pembangunan, bukan semua bangunan warisan dan bersejarah perlu dikekalkan.
Projek pembangunan Taman Kebun Bunga yang begitu kecoh telah memaparkan ketidakbolehan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang terutamanya dari segi memahami objektif dan manfaat sebenar pembangunan ini dan juga telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyelaraskan segala urusan yang berkaitan dengan projek di Taman Kebun Bunga.
Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U JULAI 2010/BIL.3
by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u

0 comment, be the first to comment