Parti Gerakan logo

Kenyataan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon

15 Sep 2010, 8:58 PM
Posted in

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati satu titik sejarah yang amat penting dalam penubuhan persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sejak tahun 1963, 16 September telah lama dirayakan sebagai hari cuti awam di Sabah dan Sarawak. Dengan pengisyhtiharaan Hari Malaysia sebagai hari cuti awam bagi Semenanjung juga, adalah diharapkan suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat diatasi bersama oleh rakyat di Semenanjung. Dengan demikian, semangat integrasi nasional di antara tiga (3) wilayah akan dapat dipertingkatkan.

Hari Malaysia bukan sahaja merayakan kelahiran suatu identiti nasional bagi negara, bangsa dan rakyat, tetapi ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan memupuk persefahaman antara kaum, mendorong pencapaian masyarakat dalam pelbagai bidang, menjana dan mencapai pembangunan sosio-ekonomi serta menyemarakkan semangat 1Malaysia.

Dengan adanya perpaduan negara dan integrasi nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman, supaya menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020, yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia dan Salam 1Malaysia kepada semua rakyat Malaysia semoga terus bersatu hati berganding bahu dan berkongsi nasib ke arah masa hadapan bersama yang cerah.

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.