Parti Gerakan logo

Kekecohan Di Bawah Kerajaan Pakatan Rakyat

20 May 2010, 2:00 PM
Posted in Bulletin, Topic

Sehingga kini, rakyat Pulau Pinang masih belum melihat sebarang pembangunan dalam tempoh dua tahun yang lalu tetapi hanya dikelirukan oleh taktik politik dan publisiti yang dibuat oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Lim Guan Eng.

Kekecohan Di Bawah Kerajaan Pakatan Rakyat

Pada 8hb Mac 2010, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah meraikan ulangtahun kedua memerintah negeri Pulau Pinang. Semasa sambutan tersebut, PR turut mengambil kesempatan mencaci ahli-ahli parti yang telah keluar parti termasuklah Ahli Parlimen Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Md Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri.

Diantara sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri di bawah DAP, dalam tempoh dua tahun ini adalah hanya mengkritik kerajaan negeri terdahulu dan diikuti kerajaan pusat. Mereka sering menekankan pada pilihanraya umum yang akan datang tetapi tiada sebarang pembangunan untuk generasi masa hadapan.

Senarai ahli dewan untuk MPSP telah diumumkan pada awal tahun lepas tetapi ahli dewan PKR tidak berpuas hati dengan senarai tersebut. Johari Kassim telah mengetuai kumpulannya untuk mengboikot upacara mengangkat sumpah itu. Kemudian Johari telah dipecat diatas tindakannya tetapi diserap semula ke dalam parti selepas campur tangan penasihat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada awal tahun lepas, Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang cuba memohon peruntukan daripada kerajaan negeri untuk menganjurkan perayaan ‘Chap Goh Meh’. Malangnya, permintaan mereka bukan sahaja ditolak tetapi telah dikutuk oleh kerajaan negeri melalui media massa.

Apabila bekas presiden MPPP Tan Cheng Chui meletak jawatan, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah melantik Patahiyah Ismail sebagai ahli majlis serta pemangku presiden. Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang Dato’ Dr Teng Hock Nan, yang juga bekas presiden MPPP, telah diburuk sangka kerana nasihat beliau kepada Patahiyah telah mengundang kecaman oleh Lim.

Keinginan Lim’s untuk memajukan negeri ini telah mendorongnya untuk mengarahkan MPPP untuk membina sebuah pusat konvensyen antarabangsa yang bernilai RM50 juta dan dijangka akan siap pada Oktober tahun ini.

Keputusan Lim telah dibantah keras oleh beberapa kumpulan dan penduduk di Bayan Baru tetapi Lim kekal dengan pendirian. Kini hanya tinggal lebih kurang enam bulan sahaja untuk projek tersebut siap tetapi tiada sebarang perancangan lagi untuk projek tersebut yang kemungkinan besar akan menjadi ‘Gajah Putih’.

Di samping itu, harapan Lim untuk membina satu taman harimau di negeri ini juga gagal direalisasikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tan Beng Huat telah menyatakan beliau akan meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya tambang letak kereta di kawasannya kekal mahal.

Tan yang tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan MPSP sebelum membuat kenyataan media, telah memohon maaf beberapa kali tetapi tambang letak kereta di kawasannya masih kekal mahal. Beliau sekarang tidak bercadang untuk meletak jawatan.

Adun Sungai Pinang Koid Teng Guan hanya memalukan ahli-ahli parti dan tidak memberi sebarang sumbangan kepada rakyat. Beliau dituduh mengirim ratusan pesanan ringkas ketika sidang DUN.

Selain itu, kenyataan Zahrain yang telah menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis telah disokong oleh Tan Tee Beng. Hal ini jelas membuktikan transparansi dalam pentadbiran yang digelar sebagai “CAT”.

Kedua-dua mereka meletak jawatan sebagai ahli PKR dan juga menjadi ahli parliamen bebas.

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow pernah menegaskan bahawa carian beliau telah mendedahkan dakwaan Lim bahawa beliau telah memperlembagakan peruntukan untuk sekolah-sekolah adalah tidak tepat.

Pada hal, ia adalah hanya lanjutan daripada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu kerana Teng tidak temui sebarang dana khas yang dimaksudkan oleh Lim dalam bajet negeri.

Sehingga kini, rakyat Pulau Pinang masih belum melihat sebarang pembangunan dalam tempoh dua tahun yang lalu tetapi hanya dikelirukan oleh taktik politik dan publisiti yang dibuat oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Lim Guan Eng.

  • Foto diperolehi dari laman web
  • Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U APR 2010/BIL.2

    by Meja Pengarang
    Buletin Gerakan4u

    Post Comment

    Commenting is not available in this section entry.