Kami kecam rumah ibadat diserang
8 Jan 2010, 8:55 PM
Posted in
Hari ini merupakan hari yang sedih untuk seluruh Malaysia.
YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Barisan Nasional berpendapat demikian. Dan kami, pasukan editorial Gerakan4u.com, setuju.
Kami mengecam sebarang tingkah laku yang memusnahkan rumah ibadat, dan kami menganggap tingkah laku sebegini adalah serupa dengan kegiatan pengganasan.
Kami berpendapat, insiden sebegini seolah-olah satu pengisytiharan perang dari pengganas kepada masyarakat majmuk kita yang harmoni dan bersatu. Maka, kami menegaskan bahawa tingkah laku pengganas ini tidak dapat dimaafkan.
Pada masa yang sama, kami menyeru bahawa kita semua bertenang, berdisplin dan bersikap rasional dalam saat-saat genting ini.
Kami berharap, sebarang andaian yang tidak berasas dari mana-mana pihak harus diberhentikan dengan serta-merta.
Kami khuatir, tuduhan tanpa sebarang bukti kukuh akan merumitkan siasatan pihak berkuatkuasa, dan ia akan menjejaskan usaha penenteraman masyarkat majmuk kita.
Kami bantah, jikalau pihak berkuatkuasa ingin menjalankan penahanan tanpa bicara ke atas sesiapa yang disyaki terlibat dalam insiden sebegini.
Kami tegas, sesiapa yang dituduh haruslah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, dan mereka harus dihukum di dalam perbicaraan yang adil dan saksama.
by Sdr. Clement Ong
Ketua Editor Gerakan4u.com
- Previous Dr Koh: Seek Win-Win Solution On The "Allah" Issue
- Next The Perpetrators are Enemies of the State

0 comment, be the first to comment