Parti Gerakan logo

Jangan mempertikaikan semangat patriotisme kaum Cina dan India

10 Nov 2010, 5:20 PM
Posted in News

Jangan mempertikaikan semangat patriotisme kaum Cina dan India

  1. Kenyataan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan jumlah bilangan penyertaan kaum Cina dan India di angkatan tentera adalah disebabkan oleh kurangnya semangat patriotisme adalah satu kenyataan yang berprejudis, chauvinistic dan cetek persefahamannya.
  2. Parti Gerakan Pulau Pinang “terkejut” dan kecewa dengan kenyataan berelemen provokatif ini yang dikeluarkan oleh seorang menteri di kabinet Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak yang sedang giat memperkenalkan semangat dan konsep pentadbiran negara yang bersifatkan kesederhanaan melalui gagasan 1 Malaysia.
  3. Kenyataan Menteri Pertahanan menunjukkan beliau hanya mencari penjelasan yang senang dan tidak berasas. Beliau seharusnya mencari cara penyelesaian dengan mengenalpasti punca-punca yang sebenar.
  4. Masalah penganggotaan yang rendah dari kaum-kaum tertentu merupakan cabaran yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia dan bukannya hanya terhad kepada kaum Cina dan India.
  5. Ahmad Zahid Hamidi harus memberi penjelasan kepada semua maksud sebenar kenyataan beliau.
  6. Parti Gerakan Pulau Pinang ingin menegaskan sekali lagi bahawa walaupun rakyat Malaysia datang dari latar belakang dan berwarna kulit berlainan tetapi kita semua komited terhadap negara tercinta kita dan tiada sesiapa pun harus mempertikaikan semangat patriotisme kita terhadap Malaysia.
  7. Bilangan penganggotaan yang rendah di angkatan tentera bagi kaum Cina dan India tidak bermaksud kaun Cina dan India kurang mencintai negara ini.

by Sdra Goh Kheng Sneah
Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.