Parti Gerakan logo

Gerakan nasihati Ketua Menteri supaya tidak membuat tuduhan kosong

20 Nov 2010, 12:30 AM
Posted in News

Gerakan nasihati Ketua Menteri supaya tidak membuat tuduhan kosong

Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng dinasihatkan supaya berfikir dan mendengar dahulu sebelum membuat tuduhan kosong khususnya terhadap Parti Gerakan.

Ketua Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi Parti Gerakan, Dr Thor Teong Gee berkata tuduhan baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa Lim adalah seorang yang suka memutar belit isu.

Menurutnya, apakah salahnya apabila cadangan yang diberikan oleh Parti Gerakan untuk menjadikan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat itu lebih sempurna.

“Kami cuma hendak menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang di negeri ini dan menyuarakan pandangan wajar kami terhadap rang undang-undang yang telah di bawah untuk bacaan pertama tetapi Lim telah menuduh kami sebagai sebuah parti yang pandai membuat bising,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pada 14 Nov (Ahad).

Dalam laporan baru-baru ini, Lim telah menuduhkan peguam Gerakan sengaja berbuat bodoh keatas rang-rang undang-undang kebebasan maklumat 2010 itu kerana ia baru dalam proses bacaan pertama tetapi Gerakan telah menyuarakan pandangan negatif.

Dr Thor berkata pihaknya cuma mengemukakan tujuh perkara yang penting supaya betul-betul jadikan rang undang-undang itu satu semangat kebebasan maklumat yang baru tetapi keikhlasan Gerakan telah disalah tuduh oleh Lim.

“Kami ingin menasihati Lim supaya berfikir dahulu sebelum membuat tuduhan terhadap mana-mana pihak. Adakah Lim sendiri yang buat bodoh dan sengaja hendak menuduh Gerakan,” ujarnya.

Katanya, Parti Gerakan cuma meminta supaya Lim dapat mendedahkan tiga perjanjian yang dibuat oleh kerajaan negeri.

“Antara perjanjiannya termasuk perjanjian Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan Taiyo Resort mengenai pengurusan Bukit Jambul Country Club, perjanjian dengan Sim Leisure Consultant Sdn Bhd tentang pembinaan sebuah teman tema air di Teluk Bahang dan perjanjian berkenaan dengan perkhidmatan WiFi secara percuma kepada rakyat negeri,” katanya.

Tambahnya, sebelum apa-apa rang undang-undang tentangan kebebasan maklumat dibentangkan, kerajaan negeri seharusnya bersikap lebih terbuka dengan mendedahkan kontrak perjanjian ketiga-tiga projek tersebut untuk pengetahuan umum.

“Kerajaan negeri harus mendedahkan ketiga-tiga perjanjian kontrak tersebut kerana ketiga-tiga kontrak itu mempunyai kepentingan orang awam,” katanya.

by Meja Pengarang
gerakan4u.com

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.