Parti Gerakan logo

Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara

13 Aug 2010, 10:47 AM
Posted in Bureau

  • Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara
  • Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara
  • Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara
  • Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara
  • Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara
  • Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara
  • Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara
  • Bengkel Hak Asasi: Kebebasan Bersuara

Satu bengkel hak asasi mengenai “Kebebasan Bersuara” telah dianjurkan oleh Biro Perundangan & Hak Asasi Manusia pada 17hb Jun 2010 di ibu pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang.

Bengkel ini dikendalikan oleh Sdra Clement Ong, Sdra Baljit Singh dan Sdri Rowena Yam.

Fasal 10 (1) Perlembagaan Persekutuan dan Fasal 19 Deklarasi Hak-Hak Asasi Sedunia 1948 (di mana kebebasan bersuara diberikan jaminan), Fasal 10 (2) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan kebebasan bersuara bukanlah satu kebebasan mutlak telah diperkenalkan dan dibincangkan.

Sdra Clement Ong juga maklumkan bahawa peruntukan-peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan yang melarangkan beberapa isu dibincang dan disoal oleh rakyat demi ketenteraman masyarakat. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mengawal dan menghadkan kebebasan kewartawanan telah dibangkit dan diambil perhatian.

Bengkel ini ditutupkan dengan satu perbincangan berkenaan beberapa isu-isu semasa dan relevan, termasuk adakah kebebasan bersuara secara mutlak harus diberikan.

Bengkel ini mengambil masa 2 setengah jam dan berakhir pada pukul 10.30 malam.

by Biro Perundangan & Hak Asasi Manusia

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.