Dewan Undangan Bayangan
2 Jul 2009, 7:10 PM
Posted in
Saudara-saudari,
Salam bahagia.
Parti Gerakan Pulau Pinang, melalui Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi bersama-sama dengan Biro Latihan Politik, akan menjalankan satu program yang bernama “Dewan Undangan Bayangan”, sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan dan memperkuatkan parti kita, untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
Di samping itu, kita juga ingin mengambil peluang ini untuk mencungkil kebakatan ahli-ahli dan melatih bakal calon-calon untuk pilihanraya yang akan datang.
Untuk makluman Saudara-saudari, Dewan Undangan Bayangan ini akan bersidang pada setiap Sabtu minggu pertama, dari pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang, mulai Bulan Ogos.
Dalam persidangan, ahli-ahli akan diberikan peluang untuk mendebatkan isu-isu semasa, mengutarakan cadangan-cadangan baru dan menganalisis dasar-dasar kerajaan.
Dewan Undangan Bayangan ini adalah terbuka kepada ahli-ahli yang berkomited. Penyertaan adalah terhad kepada 40 orang. Sesiapa yang berminat atau ingin mendapat maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi secara emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).
Satu Sesi Taklimat bersama-sama dengan Bengkel Pendebatan dan Prosedur Parlimen akan diadakan pada 18 Julai 2009 (Sabtu), pada pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang.
by Penolong Setiausaha
Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi
- Previous Akademi Politik I: Pembahagian Kuasa
- Next There is no Gerakan Batu Kawan Branch, says Mohan

0 comment, be the first to comment