Parti Gerakan logo

Chin Peng mesti memohon maaf

1 Jun 2009, 4:03 PM
Posted in

"The views expressed in the article are those of the author alone and do not necessarily reflect the views of Gerakan4u.com and Penang Gerakan."

Ada satu perkara yang jarang telah berlaku minggu ini: saya bersetuju dengan dasar kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang menetap di Malaysia.

Kerajaan bertegas melarang Chin Peng balik ke Malaysia, meskipun ia kedengaran kurang enak untuk menafikan permohonan terakhir Chin Peng untuk menghabiskan baki usianya dan menziarahi kubur ayahnya; dalam situasi inilah ia menjadi betul.

Generasi saya sentiasa dituduh – dengan alasan yang baik – tidak memahami implikasi sejarah. Ia bukan saja dalam persoalan menafikan fakta, tetapi juga emosi membuak yang terus dirasa. Dengan peringatan berterusan kerajaan tentang Peristiwa 13 Mei, kesan besar kempen menakutkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) menyusut. Cadangan membenarkan Chin Peng pulang telah membangkitkan kemarahan keturunan mangsa dan juga tentera. Salah satu daripada surat penentangan ini bertanyakan: “Chin Peng, di mana kubur ayah saya?”. Generasi saya tidak berhak mengabaikan penderitaan mereka ini.

Pertama, mari kita bincangkan pandangan bahawa komunis telah membantu kita berjuang menentang Jepun. Ia tidak boleh dinafikan: peranan penting mereka dalam Penduduk Malaysia Anti Tentera Jepun (MPAJA) didokumentadi dengan baik, dan ia mesti diiktiraf. Namun tindakan PKM selepas Perang Dunia Kedua juga mesti dikutuk, bermula dengan tindak balas dan hukuman mati pasca perang.

Pasca Merdeka, ketika mereka boleh menyumbang untuk sebuah negara baru tanpa menggunakan senjata, apa yang mereka pilih? Mereka meneruskan kempen keganasan, mengalihkan sumber untuk pembangunan kepada pertahanan: kenapa? Mari kita anggap bahawa mereka menganggap bahawa negara baru ini hanyalah sebahagian dari projek kuasa imperialis. Sekiranya PKM berjaya, mereka juga akan menjadi boneka China dengan dinaungi oleh Parti Komunis China (CCP). Ia bukan lagi pertarungan melawan imperialisme British: ianya sebuah usaha untuk melakukan sebuah imperialisme baru. (Sukarno melabelkan Malaysia sebagai kolonialis baru juga lebih kurang sama: usaha untuk mengembangkan tatanegara autoritarian dengan menggunakan bahasa anti-imperialisme). Kemungkinan lain yang kita boleh ambil ialah mengasingkan diri dan menjadi Republik Rakyat Demokratik Malaya dan bersama Korea Utara dan Yaman Selatan.

Terdapat satu kenyataan mendakwa kekejaman komunis dikembangkan oleh mereka dari faham ultra-Malay yang cuba mengaitkan komunisme sebagai pemberontakan etnik Cina bagi melambangkan mereka tidak taat. Kedua-duanya bukan sahaja menghina kaum Cina Malaya yang berjuang melawan keganasan ini – faktanya, majoriti penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (anugerah tertinggi tentera yang lebih tinggi dari Tun dan anugerah tertinggi Diraja) kerana keberanian menentang komunis bukanlah orang Melayu – tetapi ia juga seolah menafikan pembunuhan di antara penyokong CCP dan Kuomintang di Malaya.

Berbalik kepada Chin Peng, wujud pertikaian bahawa dia mungkin secara peribadi terlibat atau tidak dalam pembunuhan dan memberi arahan spesifik, maka dia patut dikecualikan. Ini satu usaha untuk berbohong: rantaian arahan sangat jelas dan jika Chin Peng tidak menyetujuinya, kita tentu pernah mengetahui. Ada juga yang berhujah bahawa jika kita boleh lupakan kekejaman lain, kita juga harus melupakan keganasan komunis: sebagai contoh, kita kini mempunyai hubungan yang baik dengan Jepun. Perbezaannya ialah, Chin Peng adalah orang yang terlibat dalam kejadian tersebut. Ia berbeza dengan seorang individu memohon maaf bagi pihak institusi – sebagaimana Kevin Rudd memohon maaf berkenaan layanan kepada orang asal (aborigin) di Australia, atau Pope memohon maaf untuk jenayah seksual yang dilakukan oleh sebilangan paderi – tetapi berbeza untuk seseorang yang masih hidup untuk menunjukkan satu penyesalan bermakna.

Chin Peng ialah pemimpin organisasi yang menyesuaikan faham ideologinya untuk menimbulkan pelbagai kemungkinan ancaman terhadap sistem demokrasi kita yang menghubungkan institusi lama dan baru; kepada hak pemilikan individu; kepada pasaran bebas; kepada pembentukan Persekutuan merentasi Laut China Selatan; dan juga kebebasan untuk hidup. Dan ya, dialah lelaki yang kepimpinannya mengizinkan usaha mengebom landasan keretapi untuk membunuh datuk saya.

Dengan penjelasan itu, saya berpendapat sebahagian dari dasar kerajaan berkaitan fasa komunis adalah amat menyedihkan. Meneruskan pengharaman filem seperti Lelaki Komunis Terakhir dan buku-buku yang mencabar naratif rasmi kerajaan ketika Darurat tidak ada gunanya. Sebaliknya ia menghadirkan kutukan yang tidak perlu. Dengan mengenakan tapisan, kita sebenarnya melakukan perkara yang sama oleh regim autoritarian komunis: sekarang adalah masa untuk membuang segala penapisan ini, membenarkan sejarah dibincang secara bebas dan membiarkan rakyat Malaysia melihat sendiri bukti kegansan komunis dan penglibatan Chin Peng.

by Tunku ‘Abidin Muhriz
Pengarah Malaysia Think Tank (http://www.waubebas.org).

2 comments, add yours

1 Atila 1 Jun 2009, 8:41 PM

The Govt of Malaysia must make effort to make known to public what Chin Peng did, what is Communism and facts of history that is now being filtered and not known by the new generation.

Dr.Teng HN, your calling for Chin Peng to return, please you dont understand because you do not have any family member tortured, maimed, shed blood,died under Chin Peng.

Please dont assume since decades passed by and now 2009, people will forget. No, we dont, especially when we have relatives killed with brutality under Chin Peng.

2 OOI 11 Jun 2009, 8:34 PM

Dear.. pass is pass ... you know Japs also kill many Malaysia.. but you may drive a Toyota..

In 30s Malaysia Communist Party registred by HoChiminh
In 40s Japan invasion, English flee .. They lead the fight, English used their bombers to provide suppliers,drop the suppliers into the Jungle of Baling, Kulim and etc..they continue to fight. Finally, Japan surrender. China,N.Korea,Vietnam accept the idea of Comm., Western Power in panic ..why because Soviet, China , Vietnam ..if Malaysia, then Sin ..then Thai/Indochina & India. may also falls into the comm.system in another word Western has no access to our ASIA rich resources..especially TIN ..which can make bullet- secure Malaysia is extremely important..then ...I believe Malaysia Comm.feels the unfairness and betray finally without any help and to strong hold their principle ..they continue to fight even after 1957 independent. After 70s China break its tight with Soviet and start its diplomacy with Malaysia causing these Malay-comm even more aimless..under such pressure.. for survival they do anything - even kill people but HEH !! They got kill too..Anyway , this is history ..no absulute right or wrong. 

To Think 1: 
Just imagine and think back from another angle .. if Mal-comm successful to take over Malaysia government ..and now we are Mal-Comm. Our father of Malaysia going into exile and flee to England, and after 50years he is asking back to Malaysia ? 

To Think 2:
2 brothers they fight to each other 1950s .. both get hurts..body cell die.. so the younger one left the house for 50years and migrate to Australia… one day he decided to come back to elder brother’s house to pay some respect to his beloved ancesstor (2009) ...being rejected

To Think 3:
Before 2 brothers went into a fight in 1950s ,they are in very good term (1930~40s). Once they got bully by a neighbour(Japs), the bad neighbour burn the backyard of these brother’s home and the young one really defence the family as much as he could - saving the kids/wife of the elder until badly wounded. Later due to some different in opinion the argument started and the young one left home. After this incident, the neighbour change its attittue and regret of its wrong doing and start its friendship with the elder brother. Very nice the elder one forgive the right now Good Neighbour ..

Reference : 
No Nation who lives in the pass and hatred will gain improvement…example Palestine, North Korea, Some african nations. Peace & Forgiveness will help us focus and step forward. 
LOOK AT THE BIGGER PICTURE

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.