Parti Gerakan logo

Bicara Dengan Pemimpin Gerakan

4 Jun 2009, 12:01 AM
Posted in Interviews

Baru-baru ini, Gerakan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan perlantikan 17 orang ahli sebagai Penyelaras Kawasan. Oleh itu, Gerakan4u.com mengadakan satu wawancara dengan Saudara Dr. Teng Hock Nan, Pengerusi Negeri untuk mendapat makluman lanjut.

Bicara Dengan Pemimpin Gerakan

Penyelaras Kawasan bertanggungjawab untuk membantu Barisan Nasional dan Parti mendapat kemenangan pada pilihanraya yang akan datang.

Salam bahagia, Saudara Dr. Teng.

Baru-baru ini, Gerakan telah mengumumkan perlantikan 17 orang ahli sebagai Penyelaras Kawasan. Bolehkah Saudara Dr. Teng menjelaskan apakah peranan yang dimainkan oleh kumpulan Penyelaras Kawasan ini.

Salam bahagia, khususnya kepada kawan-kawan siber yang melamani di Gerakan4u.com.

Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan dalam beberapa negeri dalam pilihanraya yang lalu, Kerajaan Persekutuan mendapati perkhidmatan yang disalurkan kepada rakyat, terutamanya di kawasan-kawasan yang tidak diwakili oleh Barisan Nasional, adalah berkurangan dan merosot.

Maka, Unit Koordinasi Perlaksaanaan (Implementation Coordination Unit) di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan untuk melantik Penyelaras Kawasan, untuk mengatasi masalah sebegini. Mereka yang dilantik, akan mewakili Barisan Nasional untuk menghulurkan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk tempatan.


Proses pemilihan dan pelantikan Penyelaras Kawasan ini adalah dilaksanakan mengikut peruntukan di bawah perlembagaan parti.

Bolehkah Saudara Dr. Teng menjelaskan bagaimanakah Penyelaras Kawasan ini terpilih?

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, proses pemilihan dan pelantikan Penyelaras Kawasan ini adalah dilaksanakan mengikut peruntukan di bawah perlembagaan parti iaitu peraturan 65 dan 66.

Di bawah kedua-dua peruntukan ini, proses pemilihan dan pencalonan adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja Negeri (State Working Committee).

Selepas Jawatankuasa Kerja Negeri menyiapkan pemilihan dan pencalonan, ia akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (Central Working Committee) untuk keputusan muktamad.

Dalam pemilihan dan pencalonan kali ini, kami telah membukakan kepada cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian untuk mencalonkan pemimpin-pemimpin tempatan. Selain itu, kami juga menerima pencalonan sendiri daripada individu-individu yang berhasrat.

Saudara Dr. Teng, boleh kamu maklumkan siapakah yang duduk di Jawatankuasa Kerja Negeri dan Jawatankuasa Kerja Pusat masing-masing?

Anggota-anggota dalam Jawatankuasa Kerja Negeri adalah termasuk saya selaku sebagai Pengerusi Negeri, dan juga Sdr Chia Kwang Chye (Naib Pengerusi), Sdr Teng Chang Yeow (Naib Pengerusi), Sdr Tan King Chee (Naib Pengerusi), Sdr Ong Thean Lye (Setiausaha) dan Sdr Ng Fook On (Bendahari). Sdr Chin Fook Weng, Ketua Pemuda Negeri Sdr Oh Tong Kong dan Ketua Wanita Sdri Ng Siew Lai adalah pemerhati-pemerhati.

Manakala dalam Jawatankuasa Pusat Negeri, ahli-ahli adalah termasuk Sdr Dr. Koh Tsu Koon (Presiden), Sdr Chang Ko Youn (Timbalan Presiden), Sdr Huan Cheng Guan (Naib Presiden), Sdra A. Kohilan Pillay (Naib Presiden), Sdr Mah Siew Keong (Naib Presiden), Sdr Teng Chang Yeow (Setiausaha Agung), Sdr Ng Chiang Chin (Bendahari), Sdr Lim Si Pin (Ketua Pemuda) dan Sdri Tan Lian Hoe (Ketua Wanita). Sdr Dr Chin Fook Weng dan saya adalah pemerhati.


Kami telah menerima lebih kurang 30 permohonan rasmi

Adakah proses pemilihan ini adalah proses yang sediada dan telah diamalkan oleh parti sepanjang ini?

Ya, ini merupakan proses yang sediada dan berpatuhi kepada peruntukan kepada perlembagaan parti. Ia juga diamalkan sepanjang masa ini, khususnya dalam pemilihan calon untuk bertanding di pilihanraya dan pencalonan untuk perlantikan ahli majlis-majlis kerajaan tempatan.

Berapakah jumlahnya orang ahli yang telah dicalonkan untuk menyandangkan jawatan ini, khususnya pencalonan dari cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian?

Dalam pengetahuan saya, kami telah menerima lebih kurang 30 permohonan rasmi, iaitu permohonan yang dilengkapi dengan borang dan latar belakang calon.

Selain itu, kami juga menerima lebih kurang 40 pencalonan dari cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian, di mana nama-nama pemimpin tempatan telah dicadangkan kepada kami.

Semua calon ini telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja Negeri sebelum membuat cadangan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat.

Selepas ini, Jawatankuasa Kerja Negeri akan menyediakan satu senarai pendek untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Pusat.

Bolehkah Saudara Dr. Teng maklumkan apakah factor-faktor utama untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Negeri dalam pemilihan?

Kami memberi pertimbangan ke atas persoalan umur, iaitu penyandang Penyelaras Kawasan adalah di bawah umur 58 tahun, seperti apa yang ditetapkan oleh ICU.

Selain itu, kami juga mempertimbangkan potensi-potensi calon tersebut, adakah beliau berminat dan berkomited dalam politik, adakah beliau jelas kepada parti idealogi kami, dan adakah beliau bersudi dan berkemampuan untuk memberi perkhimdatan kepada rakyat.

Misi yang diberikan kepada penyelaras kawasan ini adalah jelas, iaitu mereka bertanggungjawab untuk membantu Barisan Nasional dan Parti mendapat kemenangan pada pilihanraya yang akan datang.

Maka, penyeleras kawasan ini harus mendapat sokongan dari penduduk tempatan setelah masa yang bercukupi diberikan kepada mereka.

Dan adakah Jawatankuasa Kerja Pusat menolak calon-calon yang dicadangkan dari Jawatankuasa Kerja Negeri?

Ya, beberapa calon-calon yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja Negeri telah ditolak dan ini adalah hak mutlak Jawatankuasa Kerja Pusat.


17 orang ahli dilantik sebagai Penyelaras Kawasan.

Saudara Dr Teng, terdapat komen yang ditinggalkan dalam laman web Gerakan4u.com yang menyoalkan, “Mengapakah muka-muka lama yang kalah dalam pilihanraya terdahulu dikekalkan sebagai Penyelaras Kawasan?” Apakah rasional parti apabila membuat keputusan sedemikian?

Jawatankuasa Kerja Negeri berbuat demikian kerana kami mendapati ADUN yang berkhidmat hanya sepenggal masih boleh menyumbang kepada parti dan masyarakat.

Dan kami juga mendapati mereka masih menerima sokongan oleh penduduk-penduduk tempatan, maka mereka dilantik sebagai Ketua Penyelaras.

Gerakan adalah satu parti politik yang menandakan sendiri sebagai ‘berbilang kaum’. Walaupun begitu, kebanyakan komen yang didapati di dalam laman web Gerakan4u.com tidak berpendapat begitu. Meraka tidak nampak ratio bangsa yang seimbang apabila Penyelaras Kawasan dilantikan. Bolehkah Saudara Dr Teng memberi penjelasan?

Gerakan adalah satu parti politik yang memperjuangkan untuk masyarakat berbilang kaum, dan ahli-ahli politik adalah terbuka kepada orang ramai.

Dalam pemilihan kali ini, Jawatankuasa Kerja Negeri tidak menerima sebarang pencalonan dari bangsa Melayu.

Saya harap, kami akan menerima lebih banyak pencalonan dari bangsa Melayu dan India pada masa hadapan.

by Gerakan4u.com

14 comments, add yours

1 penangite 5 Jun 2009, 12:31 PM

Dear Editor,
it would be interesting if you could also interview Huan Cheng Guan to get his side of story.

We are only hearing the story from one side of Teng Hock Nan.

2 BadEnglish 5 Jun 2009, 11:23 PM

Firstly, thanks to Dr Teng for responding to my question. I do appreciate his sincerity in providing the responds.

Here are some additional thoughts for your consideration :
Dr Teng answered to the question of te role of the Co-Ordinator “Misi yang diberikan kepada penyelaras kawasan ini adalah jelas, iaitu mereka bertanggungjawab untuk membantu Barisan Nasional dan Parti mendapat kemenangan pada pilihanraya yang akan datang.”

However, Dr Teng, with very much due respect, I believed what you are trying to explain is that the funding channelled from the Jabatan Perdana Menteri is meant to help EVERYONE as they are ALL potential voters regardless of who they support or align to. Hopefully, with the value and maturity demonstrated by these co-ordinators, it will help to convince the Rakyat to provide BN and the Party another chance to serve the people of Penang again.

The one reasons why many voters decides to vote Gerakan out last round is due to their belief that Gerakan does not play the check and balance role well against UMNO and a lot of funding is being wasted or not being channelled to the deserving parties. As such, I just wanted to ensure that the sentence is being fully understood.

The challenge is how do you ensure these group of co-ordinators are being measured on their KPI and how these fundings are being utilized. I believed these are important indicators for your team to convince the voters. Sharing your thoughts on this will help to set the clear expectations for your co-ordinators and also the Rakyat to assess their capabilities.

The ball is in your court now. What do you think ?

3 penangite 6 Jun 2009, 11:37 PM

Badenglish,

u r right…...The one reasons why many voters decides to vote Gerakan out last round is due to their belief that Gerakan does not play the check and balance role well against UMNO and a lot of funding is being wasted or not being channelled to the deserving parties.

AND I would also add that there is no real personality in Gerakan except old faces…..people felt that gerakan is all about the same old people.

AND there is also no commitment in Gerakan leaders.

Take for example for gerakan youth. MCA have Wee Ka Siong. PPP had T. Murugiah (as he was a star that time). You can see in papers almost everyweek that Wee Ka Siong is helping students in PSD scholarship.
But what has gerakan youth done? Frankly, I have not read and heard of anything. That’s a view from someone in Penang.

And in the main body, people are quarelling before election…..like the chief minister and the 4 candidates issues (no names here as everyone in Penang know them).

Anyway, GOOD LUCK to Gerakan…...but I don’t think penang people will vote for you all!

4 BadEnglish 7 Jun 2009, 12:28 PM

Penangite,

From your writing, I can sense that you do care a lot about the well being of Penang just as much as most of other penangite does. This is the place that they have called home and a place that they have grown up with.

Just like yourself, there are a lot of people harbouring hope that a 3rd Force will rise in all this situations. Opinion exchange with some of my friends indicate that there are 3 major groups of people :
a) The ones that is fully committed to the Pakatan Government. Within this group, they are hoping that the Pakatan Government will rise up to the challenge further. However, to date (for Penang only), it has been quite dissapointing for them.

b) The ones that is fully committed to BN and sees no wrong with them. This group is still harbouring hopes that UMNO will just change overnight and hey presto!!!, the people of Penang will vote them in again.

c) The group that is secretly harbouring the rise of the 3rd Force that will be able to propel Penang to the forefront of the Economic and Social arena. They are looking for the government that will provide vision and work with the people of Penang regardless of their race or social politics background. They wanted a government that is clean and able to safeguard the interest of the people. Perhaps, this is the time where the Ali Baba and his 40 friends should come in to contest. (Penang ADUN has 40 seats)

I know that not everyone will agree to the opinion above but let’s not focus on the groupings but focus on what the People Of Penang wanted and start to chart the strategy based on their needs. Let’s not put a square into a peg hole.

5 Dani 7 Jun 2009, 1:23 PM

Look like Penang Gerakan still don’t know where are the problem!! What our RAKYAT want !! Dr. Teng, im so appreciate for your contribution to the party, but nowaday we need a young leadership!! And you should enjoy your retire life…

6 james lim 7 Jun 2009, 4:31 PM

penangite,

who is gerakan national youth chief? I don’t even know what is his name except that he is the son of ex-gerakan president. very likely people just give face to his father.
So, I agree that there is totally no comparison with MCA youth and PPP youth or even MIC youth.

But to be fair to Gerakan, I think the wanita chief Tan Lian Hoe is doing a going job. I have been seeing her doing work in the Chinese newspaper.

7 Clement Ong 8 Jun 2009, 2:36 PM

Badenglish,

Please allow me to answer to your queries, based on what I understood from the party. I hope you don’t mind.

Under the new mechanism, all the proposals for allocations (even proposed by the respective coordinator) must get the approvals from Division, State Working Committee and Central Working Committee.

Only then, it will be submitted to ICU.

In term of KPI for coordinators, the Sedar Institute (the think tank for Gerakan) is making its studies on this.

Thanks.

Clement Ong
Gerakan4u.com’s News Editor

8 Clement Ong 8 Jun 2009, 2:46 PM

Penangite,

Thanks for your suggestion, but we have no intention to have such an interview with Sdra Huan at this moment.

Perhaps you and me may have the same doubt, “Why Sdra Huan did not bring up the issue during the Central Working Committee? And what was transpired in Central Working Committee’s meeting?”

But, since the Disciplinary Committee is looking into this matter, this is inappropriate for Gerakan4u.com to make any investigative interview at this moment.

Clement Ong
Gerakan4u.com’s News Editor

9 K. Praba 24 Jun 2009, 6:54 PM

Funniest Interview Of The Year. . . .

soalan dan jawapan disediakan oleh orang yang sama.

ha ha ha ha ha

10 penangites 25 Jun 2009, 12:59 AM

dear praba,

nothing to surprise, this kind of things happening in politic arena everywhere since long ago…is just part of the games…as long as got member or rakyat believe and been fooled, then the purpose is serve.

politic sometimes just like drama, all the script is well written in advance and can be alter anytime even last minutes, the actors just play their roll.

11 dog watch 25 Jun 2009, 9:47 PM

Bohong punya cakap dari Teng Hock Nam,berkhidmat kepada rakyat itu cakap tipu, berkhidmat untuk THN untuk jadi bungkus punya Ketua Menteri itu betul. Cakap berbilang kaum pula mengapa wakil Siam, Melayu tak ada????????? Jangan tipu rakyat dan ahli sendiri lagi

12 dog watch 28 Jun 2009, 10:03 PM

Yang dipilih olih THN untuk menjatuhkan maruah Gerakan

13 penangites 29 Jun 2009, 6:07 PM

dog watch,

no, this is not THN intention but to secure his place in penang gerakan cos he still not secure enough with few gang inside penang gerakan sharing power…

14 dog watch 29 Jun 2009, 10:48 PM

you are right my friend penangites, inclusive of tai kam Weng. Not even go for election once, but talking like his grandfather belonging in Gerakan, who ah he? Do you recognise him? Talk on behave of Teo Chew Lang, no position at all in Gerakan.

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.