Parti Gerakan logo

Bertanggungjawab ke atas rakyat dan parti

4 Oct 2010, 10:22 AM
Posted in News

Petikan Utama Ucapan Pengerusi J/K Perhubungan Negeri, Sdra Dr Teng Hock Nan
Persidangan Perwakilan Negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia

26-09-2010

  • Parti Gerakan menghadapi tuduhan dan kritikan dari sesetengah pihak termasuk ahli-ahli parti. Ingin saya tegaskan di sini, Parti Gerakan tidak akan meninggalkan rakyat khasnya rakyat Pulau Pinang. Parti Gerakan dari dulu sampai sekarang, sewaktu melaksanakan tugas dan mandat sentiasa berpegang teguh kepada hakikat sebenar dan sentiasa bersifat bertanggungjawab dan ikhlas terhadap rakyat jelata.
  • Sepertimana yang diketahui, sekumpulan ahli telah mengemukakan permintaan untuk mengadakan satu EGM untuk menolak kepimpinan saya. Sebagai Pengerusi Negeri, saya berpendapat bahawa sekiranya EGM merupakan cara tunggal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi maka saya menyeru kepada semua saudara dan saudari yang dihormati sekalian supaya menghadiri EGM tersebut yang ditetapkan pada 10hb Okt 2010. Saya penuh berharap supaya saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian dengan berasaskan semangat cintai parti, tampil ke hadapan untuk memelihara reputasi dan kewibawaan parti kita yang tercinta.
  • Post Comment

    Commenting is not available in this section entry.