Bersedia untuk menghadapi PRU akan datang dengan berasaskan penilaian terkini
4 Oct 2010, 10:17 AM
Posted in News
Petikan Utama Ucapan Pengerusi J/K Perhubungan Negeri, Sdra Dr Teng Hock Nan
Persidangan Perwakilan Negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia
26-09-2010
Untuk Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang, beberapa langkah dan usaha sedang giat dijalankan untuk membuat persediaan bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang. Mesyuarat Barisan Nasional peringkat negeri kerap diadakan untuk menukar fikiran dan mencapai persefahaman berkenaan dengan perkembangan politik. Buat masa sekarang, ceramah-ceramah politik sedang giat dijalankan dengan harapan untuk menyampai maklumat-maklumat yang tepat tentang perkembangan politik dan juga dasar-dasar dari kerajaan persekutuan.
Parti Gerakan Pulau Pinang yang kini merupakan sebuah parti pembangkang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai sebuah parti pembangkang. Sebagai contoh, kesemua 17orang penyelaras-penyelaras DUN dan Parlimen dari Parti Gerakan sentiasa mengikuti perkembangan Persidangan di Dewan Undangan Negeri dan giat menjalankan tugas-tugas memantau pelaksanaan dasar dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sidang akhbar sering diadakan oleh penyelaras-penyelaras dari Parti Gerakan sewaktu Persidangan DUN ke atas topik-topik yang melibatkan kepentingan rakyat Pulau Pinang seperti masalah-masalah dengan perindustrian dan pelaburan, projek pembinaan PICC (Penang International Convention centre) dan lain-lain lagi.
0 comment, be the first to comment