Berprihatin Kepada Warga Emas
3 Feb 2010, 11:00 AM
Posted in Photos
Dalam suasana menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Parti Gerakan Pulau Pinang telah menganjurkan satu tayangan gambar amal di Golden Screen Cinema, Gurney Plaza pada 29hb Januari 2010.
Seramai 80 warga emas dari Silver Jubilee Home telah dijemput untuk menyaksikan tayangan gambar buat Malaysia ‘WooHoo’ dan ditemani oleh 50 orang pemimpin-pemimpin Parti Gerakan Pulau Pinang. Aktiviti ini yang ditajakan oleh kesemua 17 orang penyelaras-penyelaras Parlimen dan DUN dari Pari Gerakan Pulau Pinang telah menghiburkan warga emas-warga emas yang hadiri.
Pengarah projek Sdra Mark Ooi menyatakan bahawa, objektif program ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat dan nilai menghormati dan berprihati kepada warga emas dan pada masa yang sama juga memberikan sokongan yang padu kepada industri perfileman tempatan.
by Meja Pengarang
gerakan4u.com





























0 comment, be the first to comment