Parti Gerakan logo

Bengkel: Kebebasan Beragama

27 May 2010, 1:00 PM
Posted in Bureau

Bengkel ini ditutupkan dengan satu forum perbincangan. Beberapa isu-isu semasa dan relevan telah dibincangkan, termasuk bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes yang menglibatkan orang bukan Islam, hak beragamaan kanak-kanak semasa salah satu pasangan telah memasuki Islam, hak suami atau iseteri selepas pasangan memasuki Islam, kes-kes murtad dan sebagainya.

Bengkel: Kebebasan Beragama

Satu Bengkel Hak Asasi mengenai “Kebebasan Beragama” telah dianjurkan oleh Biro Perundangan & Hak Asasi Manusia pada 20 Mei di ibupejabat parti.

Bengkel ini dijalani oleh Sdra. Clement Ong, dengan bantuan dari Sdra Baljit Singh dan Sdri Rowena Yam.

Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan dan Fasal 18 Deklarasi Hak-hak Asasi Sedunia 1948 di mana kebebasan beragama telah diberikan jaminan.

Ia diikuti dengan pembentangan mengenai Fasal 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, di mana bidang kuasa di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah telah ditelitikan dalam bengkel ini.

Beberapa klip video juga dipaparkan dalam bengkel ini, termasuklah kisah cerita Revathi dan Lina Joy. Kes Moorthy Maniam juga dibincangkan.

Bengkel ini ditutupkan dengan satu forum perbincangan. Beberapa isu-isu semasa dan relevan telah dibincangkan, termasuk bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes yang menglibatkan orang bukan Islam, hak beragamaan kanak-kanak semasa salah satu pasangan telah memasuki Islam, hak suami atau iseteri selepas pasangan memasuki Islam, kes-kes murtad dan sebagainya.

Bengkel ini mengambil masa 2 jam dan berakhir pada pukul 10.00 malam.

Satu Bengkel Hak Asasi mengenai “Kebebasan Bersuara” akan dianjurkan pada 17 Jun, pukul 8 malam di ibupejabat parti.

by Biro Perundangan dan Hak Asasi Manusia

Post Comment

Commenting is not available in this section entry.