Bengkel Hak Asasi: Hak Asasi Lesbian, Gay, Transgender & Bisexual
13 Aug 2010, 2:53 PM
Posted in Bureau
Satu bengkel hak asasi mengenai “Hak Asasi Lesbian, Gay, Transgender & Bisexual” telah dianjurkan oleh Biro Perundangan & Hak Asasi Manusia, bersama-sama Biro Beliawanis Nasional pada 10hb Julai 2010 di ibu pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang.
Bengkel ini dikendalikan oleh Sdra Clement Ong, Sdri Rowena Yam dan Sdri Nive Yong daripada Biro Beliawanis Nasional.
Bengkel ini dimulakan dengan tayangan dua filem dokumentari yang diterbitkan oleh Pusat Komas, iaitu “She’s my son” yang diarahkan oleh Indrani Kopal, dan “Pecah Lobang” yang diarahkan oleh Poh Si Teng.
Bengkel ini diteruskan dengan pembentangan daripada Sdra Clement Ong atas undang-undang yang menyekat aktiviti-aktiviti lesbian, gay, transgender dan bisexual, khususnya di bawah Kanun Keseksaan, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, dan Akta-akta Kesalahan Kecil 1955.
Ia diikuti dengan satu perbincangan mengenai masalah-masalah yang dialami oleh golongan LGBT ini. Sesi ini diketuai Sdri Nive Yong.
Bengkel ini mengambil masa 2 jam dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
by Biro Perundangan & Hak Asasi Manusia











0 comment, be the first to comment