BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA
9 Dec 2011, 11:23 AM
Posted in
Sekretariat Penerangan Barisan Nasional Pulau Pinang ingin memaklumkan untuk kemudahan rakyat bahawa Borang BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan (RM500/-) untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM3000/- sebulan akan dikeluarkan mulai 10hb Disember 2011 hingga 10hb Januari 2012.
Untuk makluman rakyat pemohon perlu bawa bersama perkara-perkara berikut:
1. Borang BR1M akan diberi secara PERCUMA;
2. Perlu disertai dengan salinan fotostat Kad Pengenalan Pemohon;
3. Sila bawa bersama maklumat-maklumat (Nama dan nombor Kad Pengenalan) kesemua ahli keluarga.
Semua pejabat Penyelaras dan ADUN Barisan Nasional akan membantu dalam permohonan ini.
Dato’ Dr Loga Bala Mohan
Ketua Penerangan Barisan Nasional Pulau Pinang
Bertarikh 9hb Disember 2011
by Editorial Desk
gerakan4u.com
- Previous MACC should report to Parliament to ensure independence
- Next Declare seat vacant when elected rep quits party, says Gerakan

0 comment, be the first to comment