Aspirasi Rakyat, Tanggungjawab Kita
16 Aug 2010, 12:00 PM
Posted in Bulletin, Interviews
Jabatan Perdana Menteri dan Parti Gerakan mewajibkan semua penyelaras-penyelaras untuk memenuhi kehendak-kehendak yang amat tinggi. Antaranya termasuk menubuhkan pasukan khidmat, mengetahui suasana dan sentimen kawasan masing-masing, mengambil initiatif untuk anjurkan program-program yang memanfaatkan rakyat, sentiasa menambah nilai untuk diri-sendiri dan mengambil tahu tentang isu-isu semasa.

Demi tugas penyelarasan pelaksanaan dasar pembangunan dan usaha perkhidmatan yang lebih berkesan dari kerajaan pusat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah melantik penyelaras-penyelaras kawasan Parlimen dan DUN.
Memandangkan perlantikan ini akan dibayar elaun bulanan dan berpendapat bahawa jawatan ini juga merupakan satu tiket untuk muncul sebagai calon untuk Pilihanraya Umum yang akan dating, perlantikan jawatan penyelaras ini sedikit sebanyak telah timbulkan spekulasi.
Walau bagaimanapun, pihak atasan Parti Gerakan telah menafikan kata-kata sedemikian. Samada penyelaras-penyelaras tertentu akan dicalonkan untuk PRU ke-13 atau sebaliknya masih terlalu awal untuk diputuskan.
Sebenarnya, Jabatan Perdana Menteri dan Parti Gerakan mewajibkan semua penyelaras-penyelaras untuk memenuhi kehendak-kehendak yang amat tinggi. Antaranya termasuk menubuhkan pasukan khidmat, mengetahui suasana dan sentimen kawasan masing-masing, mengambil initiatif untuk anjurkan program-program yang memanfaatkan rakyat, sentiasa menambah nilai untuk diri-sendiri dan mengambil tahu tentang isu-isu semasa.
Apakah yang sebenarnya dilakukan oleh penyelaras-penyelaras kita?

Gerakan4U berpeluang mewawancarakan Sdra Mohan, Sdra Ooi Suan Hoe, Sdra Ang Chai Kooi dan Sdri Hartini Tan Bt. Abdullah. Marilah kita dengar bagaimanakah mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Penyelaras Parlimen Batu Kawan Sdra Mohan a/p Apparoo menekankan betapa pentingnya semangat berpasukan dalam kerja-kerja dan perjuangan politik.
Objektif dan wawasan tidak akan tercapai sekiranya kerja-kerja itu hanya dijalankan oleh beliau sendiri. Kerjasama yang erat dan ikhlas bukan sahaja perlu wujud antara ahli-ahli Parti Gerakan bahkan kerjasama yang sedemikian perlu juga wujud di kalangan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional.
Sdra Mohan menyatakan bahawa beliau lebih cenderung untuk turun ke padang untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan akan cuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Menurut Sdra Mohan, antara masalah-masalah yang mencabar yang dihadapi di kawasan Parlimen Batu Kawan adalah masalah pendidikan dan masalah sosial yang dihadapi oleh komuniti India. Beliau juga telah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menterii untuk memberi perhatian yang sewajarnya ke atas masalah-masalah tersebut terutamanya yang melibatkan pembangunan sekolah rendah Tamil di kawasan tersebut.
Sdra Mohan berharap semua parti-parti komponen Barisan Nasional dapat berpegang teguh ke atas semangat Barisan Nasional dan berjuang dengan penuh semangat pada pilihanraya umum yang akan datang. Beliau juga yakin, sekiranya semua penyelaras-penyelaras dapat berkerjasama dengan erat dan menyampaikan maklumat tentang dasar-dasar yang mengutamakan rakyat oleh Kerajaan Persekutuan, semua rakyat pasti akan menikmati manfaat.

Penyelaras DUN Machang Bubok Sdra Ooi Suan Hoe menyifatkan jawatan penyelaras adalah penting dan tidak seharusnya membuat janji-janji kosong berkenaan dengan pembangunan setempat ke atas rakyat. Maka, beliau bersedia untuk mendengari masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan seterusnya merancang langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
Menurut beliau, sesetengah rakyat agak menentang penglibatan parti politik dalam usaha menyelesaikan masalah tempatan yang dihadapi oleh mereka. Mungkin ini disebabkan oleh suasana politik yang berlainan dan rakyat setempat risau akan masalah ini akan dipolitikan.
Sdra Ooi Suan Hoe menegaskan beliau akan berusaha dengan lebih gigih untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada umum. Beliau terus menegaskan bahawa pembangunan yang dibawa oleh Parti Gerakan kepada Pulau Pinang adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan.

Penyelaras DUN Bukit Tengah Sdra Ang Chai Kooi menyatakan bahawa pembangunan ekonomi, pendidikan, social, alam persekitaran dan lain-lain adalah berkait rapat dengan politik. Untuk beliau yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat, perlantikan beliau sebagai Penyelaras DUN membolehkan beliau lebih berpeluang untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukannya.
Tahap sokongan terhadap Barisan Nasional masih tidak memuaskan di beberapa buah negeri tetapi ini tidak bermakna bahawa Barisan Nasional tidak berpeluang untuk kembali mendapat mandat dari rakyat.
Menurut Sdra Ang Chai Kooi, kesedaran politik rakyat semakin meningkat. Maka, Barisan Nasional perlu mengkaji dengan lebih mendalam dan teliti ke atas dasar-dasar yang melibatkan rakyat jelata. Segala dasar yang akan diperkenalkan seharusnya meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.
Sdra Ang Chai Kooi tidak menafikan sebagai seorang penyelaras, beliau menghadapi cabaran bagaimana hendak mengagihkan masa beliau untuk tanggungjawab membantu rakyat dan perniagaan sendiri. Walau bagaimanapun, beliau berharap usaha yang beliau curahkan untuk berkhidmat kepada rakyat dapat membantu parti memenangi satu kerusi di PRU akan datang.

Penyelaras DUN Bukit Tambun Sdri Hartini Tan Binti Abdullah sifatkan beliau sendiri sebagai ‘orang baru’ yang masih belajar untuk menangani topik-topik berkenaan dengan politik dan berusaha untuk menguasai penggunaan media baru.
Sebelum ini, Sdri Hartini Tan merupakan pegawai JASA yang mengetahui suasana dan sentimen penghuni-penghuni setempat. Menurut beliau, DUN Bukit Tambun yang kini merupakan satu kawasan yang majority pengundinya adalah dari kaum Tionghua, usaha yang lebih gigih diperlukan untuk memenangi kawasan DUN ini.
Mengikut beliau, DUN Bukit Tambun masih merupakan satu kawasan yag terdiri dari pekan kecil dan kampung-kampung. Perkara-perkara utama yang beliau memberikan focus ialah masalah-masalah yang berkenaan dengan nelayan dan kaum wanita.
Sdri Hartini Tan menyatakan bahawa beliau menjalankan program-program yang akan membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan mereka. Selain daripada itu beliau juga giat menjalankan kempen kesihatan dan perubatan serta kempen cintai alam sekitar.
Beliau berharap bahawa segala projek pembangunan dari Kerajaan Persekutuan dapat diumum dan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan bukannya hanya apabila sampainya pilihanraya atau pilihanraya kecil. Ini adalah untuk mengurangkan persepsi negatif orang awam terhadap Kerajaan Persekutuan.
Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U JULAI 2010/BIL.3
by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u
- Previous Bengkel Hak Asasi: Hak Asasi Lesbian, Gay, Transgender & Bisexual
- Next Ibrahim Ali is in the dark

0 comment, be the first to comment