Akademi Politik I: Pembahagian Kuasa
2 Jul 2009, 7:00 PM
Posted in
Saudara-saudari,
Salam bahagia.
Parti Gerakan Pulau Pinang, melalui Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi bersama-sama dengan Biro Latihan Politik, akan mengendalikan satu program yang bernama Akademi Politik, sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan pengetahuan dan persefahaman politik di kalangan ahli-ahli kita.
Untuk makluman saudara-saudari, Akademi Politik Pertama akan diadakan pada 15 Ogos (Sabtu), dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 6.00 petang, dan bertema “Pembahagian Kuasa”.
Topik-topik yang akan dibincangkan adalah termasuk:
(i) Adakah sistem pembahagian kuasa pernah / masih berfungsi di Malaysia?
(ii) Kebebasan kehakiman di Malaysia
(iii) Keberkesanan Dewan Negara di dalam sistem pengundangan Malaysia
(iv) Peranan Raja-Raja dalam Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia
(v) Kemuliaan Parlimen dan Kekuasaan Pentadbir dalam era Mahathirism.
(vi) Krisis perlembagaan di Perak
Akademi Politik ini adalah terbuka kepada ahli-ahli yang berkomited. Penyertaan adalah terhad kepada 40 orang. Sesiapa yang berminat atau ingin mendapat maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi secara emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).
by Penolong Setiausaha
Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi

0 comment, be the first to comment