Penundaan Kerja Pemuliharaan Tapak Warisan Dengan Alasan Politik Yang Tidak Bertanggungjawab
1 Feb 2010, 11:00 AM
Posted in Bulletin, Topic
Sekiranya, Kerajaan Negeri PR ikhlas dalam isu pemuliharaan Tapak Warisan Dunia bagi Georgetown, keutamaan seharusnya diberi dari segi peruntukan kewangan dan kemudianya berusaha untuk mengatasi masalah kewangan melalui saluran-saluran yang lain.
Sudah hampir dua tahun Georgetown diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco tetapi kerja-kerja pemuliharaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR)) masih kurang memuaskan. Sering kali, Kerajaan Negeri PR memberi alasan kekurangan wang untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab memelihara Tapak Warisan Dunia Unesco ini. Tindak yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan ketidak puasan badan bukan kerajaan yang tertentu dan juga orang awam.

Sejak mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PR hanya tahu mempolitikkan segala isu-isu yang dihadapi mereka dengan samada menyalahkan bekas Kerajaan Negeri di bawah pimpinan BN atau mengunakan alasan kekurangan punca kewangan untuk mengelakkan daripada memikul tanggungjawab yang dimandatkan oleh rakyat kepada mereka.
Sekiranya, Kerajaan Negeri PR ikhlas dalam isu pemuliharaan Tapak Warisan Dunia bagi Georgetown, keutamaan seharusnya diberi dari segi peruntukan kewangan dan kemudianya berusaha untuk mengatasi masalah kewangan melalui saluran-saluran yang lain. Tetapi malangnya, Kerajaan Negeri PR lebih cenderung kepada tindakan-tindakan yang bersifat ‘populist’ yang mendapatkan publisiti yang meluas seperti memberi wang tunai kepada warga tua.

Georgetown dan Melaka berjaya diisytihar sebagai Tapak Warisan kerana warisan hidup. Oleh itu kerajaan tidak boleh membiarkan bangunan-bangunan warisan diubahsuaikan dengan sewenang-wenangnya. Pengubahsuaian yang tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan bangunan-bangunan warisan yang tidak dipelihara dengan sewajarnya akan menyebabkan status tapak warisan ditarik balik oleh Unesco.
Enam (6) cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Pulau Pinang:
1. Bagaimana untuk mengekalkan status Tapak Warisan Dunia;
2. Bagaimana untuk mengurus bangunan-bangunan warisan;
3. Bagaimana untuk mencapai keseimbangan di antara kawasan pusat (core zone) dan kawasan buffer (buffer zone) tapak warisan;
4. Bagaimana untuk mempublisitikan Georgetown;
5. Bagaimana untuk mengenalpasti dan menilai warisan budaya;
6. Bagaimana untuk mambantu organisasi-organisasi tempatan memulihara bangunan-bangunan warisan.

Enam (6) tindakan yang harus diambil oleh Kerajaan Negeri PR dengan segera:
1. Mengeratkan lagi kerjasama dengan Melaka dan bahagian warisan kerajaan pusat dan memastikan kerajaan tempatan mewujudkan mekanisma mengawal kerja-kerja pembangunan dalam kawasan tapak warisan;
2. Merancang panduan pemuliharaaan tapak warisan yang jelas dan mengurus pembangunan dalam tapak warisan dengan sebaik mungkin supaya bangunan warisan yang bernilai tidak akan terancam;
3. Sebagai pemantau tapak warisan, ahli Majlis Perbandaran Pualu Pinang mesti menerima latihan yang sewajarnya supaya berpengetahuan dan berkemampuan dalam aspek pemuliharaan bangunan warisan dan seterusnya mengalak orang ramai bersama-sama memulihara tapak warisan;
4. Mengenalpasti satu ‘landmark’ tapak warisan dan mendirikan tanda jalan pelbagai bahasa untuk menyenangkan para pelancong memperolehi maklumat-maklumat Tapak Warisan Dunia;
5. Menjemput institusi-institusi berdikari untuk menilai bangunan-bangunan warisan di luar kawasan tapak warisan;
6. Melindungi banguan-bangunan tapak warisan melalui PDC atau organisasi-organisasi tempatan yang diberi bantuan kewangan oleh PDC.
Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U JAN 2010/BIL.1
by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u
- Previous Thaipusam Message from Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
- Next RENCANA: Ekonomi Pulau Pinang Membimbangkan Rakyat

0 comment, be the first to comment